Saturday, December 30, 2017

# Sekolah Rendah # Sumbangan & Derma

Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Oleh MBI Selangor


Assalamualaikum!


Inisiatif untuk meringankan beban golongan sasaran diteruskan lagi dengan misi Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI). Bantuan pakaian seragam sekolah dan alat tulis untuk anak-anak sempena sesi persekolahan 2018 dilihat sebagai salah satu langkah yang proaktif untuk memastikan bantuan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran.

Baru-baru ini, aku berpeluang menyaksikan majlis penyerahan pakaian seragam sekolah rendah bagi sesi 2018 di SACC MALL, Shah Alam sebelum persekolahan bermula minggu depan. Seperti yang aku telah kongsikan di SINI, MBI mensasarkan seramai 55,000 penerima dan sangat komited untuk memastikan bantuan yang disalurkan diterima terus kepada penerima. 



Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai MBI, Encik Soffan Affendi Aminudin dan Ketua CSR MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali. Melalui ucapan aluannya, Ustaz Jaafaruddin menyatakan bahawa sumbangan bantuan pakaian seragam sekolah ini diharap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan terutama yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Walaupun bantuan bukan dalam bentuk duit, namun sumbangan pakaian seragam sekolah menjadi keutamaan memandangkan harganya yang agak tinggi di pasaran sekarang.


Ketua Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali

Majlis penyerahan pakaian seragam sekolah ini turut menyaksikan wakil dari 25 buah sekolah sekitar Selangor hadir untuk menerima sumbangan bagi pihak 3,679 pelajar. Sebenarnya, sejak dari November lagi penyerahan pakaian seragam sekolah telah pun diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


Antara wakil sekolah yang hadir menerima sumbangan dari MBI

Antara wakil sekolah yang hadir menerima sumbangan dari MBI

Antara wakil sekolah yang hadir menerima sumbangan dari MBI

Turut hadir di majlis penyerahan pakaian seragam sekolah ini ialah saudara Fairuz Ramdan (itsfr), pereka tempatan yang sangat berbakat dan mempunyai jenama pakaian beliau sendiri. Beliau bertanggungjawab mereka pakaian sekolah untuk sumbangan dibawah jenama FR Junior (FR Junior Official).


Fairuz Ramdan

Semoga dengan adanya inisiatif yang baik seperti MBI ini, ia memberi manfaat yang berterusan kepada mereka yang memerlukan. Moga usaha murni dan keprihatinan oleh MBI dan Kerajaan Negeri serta semua pihak yang terlibat menjayakan misi Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) ini dapat diteruskan di masa hadapan demi memastikan kebajikan rakyat terpelihara senantiasa. 

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?