ruangiklan
ruangiklan

Saturday, June 24, 2017

Melayu kuat makan nyoq!


Assalamualaikum!






Antara barang makan yang paling laku keras tiap kali raya....santan! Kalau meniaga santan time-time nak raya ni memang boleh kaya sekejap la. Pak Jelan sebelum kui enam setengah pagi dah terpacak depan kedai runcit kat kawasan taman perumahan, tapi bila ditanya santan ada ke dak, jawapannya mengecewakan. Pi pulak market cari santan, sekali...tuddiaaaa orang punya beratuq panjang! Dah tu ada yang dah siap-siap kira berapa orang ja boleh dapat santan pasai nyoq dok ada pun tak banyak tinggai dah.

 Balik umah naik pulak motor, pi pulak masuk kampug Parit Jawa cari lagi. Mujuq la sini ada juai lagi santan. Tak payah kalut nak kena beratuq sampai laga-laga pungkoq. Berapa banyak santan hang nak, hang habaq ja...dua belas ringgit sekilo pun orang sanggup beli tau.  Orang menjuai tu pun cakap, nyoq tak banyak dapat tahun ni..buah tak berapa 'menjadi'.

Nak raya ni...takda santan tak meriah weh! heeee

Thursday, June 22, 2017

Projek Biskut Raya 2017


Assalamualaikum!

Dekat-dekat nak raya ni, orang lain dok kalut siapkan biskut raya, baju raya, kasut raya tapi aku dok kalut ke satu benda dari awal puasa sampai nak raya!

Rutin setiap kali nak raya, aku akan usahakan untuk buat sendiri 2-3 jenis biskut raya. Tambah biskut marmar carrie memang kesukaan anak dara sulungku, Hazwani. Sebelum puasa dia dah 'menyanyi-nyanyi' di telinga suruh kita buatkan. 








Inilah biskut raya aku tahun ni, tapi bukan dibuat sendiri. Disebabkan kesibukan melampau setiap hari terutama dalam menyiapkan tempahan simpul kasih, maka terpaksalah aku 'kuburkan' saja hajat nak buat biskut raya tahun ni. Sebelum-sebelum ni, memang aku dah tetapkan minggu awal puasa untuk buat biskut raya, tapi tahun ni nampaknya hajatku tak kesampaian.

Maka, kenala order jugak biskut raya walaupun satu jenis. Apa rupa raya takda biskut raya langsung kan! Takkan tak mampu nak beli sebalang dua kan kan kan!




Pun begitu, aku masih mampu berpuas hati dan bersyukur sebab sekurang-kurangnya simpul kasih air tanganku sendiri juga akan jadi 'biskut raya' tahun ni. Walaupun bukan dalam kategori biskut raya asalkan tangan ni yang menyimpul ok dah la tu kan. Jadikleeeee dari tak membuat langsung hehe. 

Tempahan simpul kasih pun dah siap dan dihantar pada yang menempah. Terima kasih pada yang repeat order ngan kami. Kesian juga pada kakak yang kepingin nak makan biskut marmar carrie dia tapi tak dapat. Sorry kakak, tahun ni ibu tak dapat tunaikan .... 😔

Kita ngunyah simpul kasih ngan cookie krisp ni je la yek .. huhu.



Wednesday, June 21, 2017

Bingkisan Raya Althea Dah Sampai!

  No comments    
categories: , ,

Assalamualaikum!


Alhamdulillah ...just in time! Bingkisan yang dinanti-nantikan dah pun tiba dengan selamatnya. Siapa tak suka dapat shopping kan lebih-lebih lagi di hari raya ni. Rezeki dapat bingkisan istimewa sempena raya dari Althea

Hari tu kan aku ada kongsikan promosi sempena Ramadan bila shopping barangan makeup dan kecantikan di Althea, Haaaa ni nak bagitau barang yang aku shopping tu dah sampaiiii! Nak tahu apa yang aku pilih kali ni? Jom usha!


Monday, June 19, 2017

Minggu Terakhir Ramadan di CBS!


Assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu terakhir Ramadan kita dah ye. Begitu cepatnya masa berlalu, sayu nak meninggalkan Ramadan ini. Mungkin sebab terasa ibadah yang dikerjakan masih tidak cukup banyak untuk dibuat bekalan. Moga kita semua diberikan kesempatan untuk menambah amalan di Ramadan tahun depan ...aaminn.

Sepanjang Ramadan ini juga alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk memeriahkan suasana pagi Ahad setiap minggu bersama yang lain walaupun dalam keadaan berpuasa .... alhamdulillah.


 sumber : CBSKotaDamansara

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.