ruangiklan
ruangiklan

Thursday, September 21, 2017

Peniaga jangan pentingkan diri sendiri boleh tak!


Assalamualaikum!


Alaaaa tiap-tiap minggu asyik cerita pasal carbooooottttt je! Takda cerita lain ke? Alahaiii .. ada yang tak suka ke kita cerita pasal ni wak? Kalau tak menepati citarasa awak awak semua, minta maaf la ye. Cerita ni je pun yang kita mampu share haha. Dah nama pun personal blog, so banyak cerita pun pasal aktiviti rutin kita setiap minggu la wak. 

Kita share ni pun untuk bagi panduan pada yang mungkin nak mulakan jualan carboot satu hari nanti dan untuk dijadikan kenangan masa hadapan wak. Mana la tau satu hari nanti, kita dah tak larat nak buat ni semua, so kita buka blog baca je la apa yang kita dah lalui selama ni. Sweet tak cenggitu?? haha!

Anyway, cuaca best sangat minggu lepas kat KD. Pengunjung dari pagi dah ramai shopping berjemaah hehe. Ramai yang ambil kesempatan cuti hujung minggu bawa keluarga dan kawan-kawan jenjalan tengok barang di sini. 




Tapi dalam kemeriahan berjual beli tu, ada juga yang buat onar di pagi hari sehingga menyusahkan peniaga lain. Mana taknya, seawal pukul 4-5 pagi sudah ada peniaga yang susun barang niaga di tapak masing-masing walaupun jual beli bermula pukul 6.30 - 7 pagi. Kemain awal dia susun barang walhal, tapak kiri dan kanan masih kosong. Bayangkanla macam mana kereta peniaga lain nak masukkan kenderaan? Bila barang kena lenyek dengan tayar tau pulak marah dan tak puas hati. Tapi dia tak sedar ke, yang dia tu awal-awal lagi menyusahkan orang lain? 

Sebab tu la, kita kena sentiasa beringat. Kita datang sini sama-sama nak cari rezeki yang halal. Tapi jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pihak lain! Penganjur dah tetapkan peraturan start meniaga pukul 7 pagi, maka ikutlah peraturan tu. 

So, kalau boleh set up barang tu jangan la sebelum subuh. Fikir sama kesenangan orang lain nak masuk parking. Jangan fikir nak lepaskan diri sendiri je! Kalau yang memang dah biasa disini atau faham peraturan, dia takkan buka selagi belum kul 6 atau 6.30pagi. Sebab tu kami buka jualan agak lambat dan mengemas pun lambat haha. 











Meniaga ni bukan sekadar nak cari duit, tapi kita nakkan ukhwah yang baik sesama peniaga. Kalau kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita juga Allah permudahkan. Tak gitu?


Wednesday, September 20, 2017

Ferris Wheel @ Wangsa Walk Mall


Assalamualaikum!


Macam-macam cara la mak tu nak bagi anak-anak dia happy kan. Kalau boleh hari-hari nak bagi something yang anak tu suka supaya dia senyummmm sokmo! Ibu hargai sangat sangat bila kakak dan adik bersama-sama ibu dan ayah cari rezeki walaupun di hujung minggu. Jumpa kawan-kawan hanya di sekolah pagi dan sekolah agama. Tiba hujung minggu pun terpaksa ikut ibu ayah ke sana sini ๐Ÿ˜”.

Hari tu masuk sini, Mira dah aim nak naik benda ni. Tapi masa tu orang ramai, so kita postpone pada minggu lepas. Time ni orang dok sibuk beratur kat Baskin Robin untuk aiskrim percuma (beratur panjang kat belakang tu), so takda orang la kat Ferris Wheel ni hehe.



Kakak tak nak naik pada mulanya, tapi aku cakap naikla temankan adik. Dia nak aku naik sekali, hishhh ... jangan kak, kang ibu naik takmo turun terus haha. Ibu bukan tak suka naik benda alah ni tapi biarlah kakak dan adik je yang naik. Ibu dah puas merasa semua ni masa muda-muda dulu. Sekarang ni, nak bagi kakak dan adik reward sebab sudi temankan ibu ayah ke hulu ke hilir cari rezeki.


permata jantung buah hati ibu

Yang beria nak naik pun Mira je. Kakak ni pemalu banyak. Suruh dia naik ngan adik pun dia takmo, nak ibu juga naik sekali. Tapi paksa juga dia naik sama-sama hahaha ... bukan ngan orang lain pun ngan adik sendiri. Ferris Wheel ni jenis indoor so senangla ibu nak perhati kakak dan adik dari bawah. Bayaran pun kira ok la RM5 seorang. 

Walaupun masing-masing dah besar panjang, nak teruja terkinja-kinja macam dulu tu takde la. Tapi kita tahu la diaorang suka dan happy dapat naik. Tersenyum-senyum melambai-lambai je la dari dalam tu kat ibu hehe. 




So, kalau korang datang ke Wangsa Walk Mall bawa la anak-anak naik Ferris Wheel ni. Tak tinggi mana pun dan selamat insyaAllah.


Tuesday, September 19, 2017

CBS Wangsa Walk | Selamat Hari Malaysia!



Assalamualaikum!


Selamat Hari Malaysia! Minggu lepas korang gi jenjalan mana? Kitaorang kat mana lagi, kalau bukan di Wangsa Walk hehe. Orang KL ni memang best la, hujung minggu tak pernah nak 'lekat' di rumah haha! Tapi, baguslah tu kan jenjalan sambil shopping gituuu.

Alhamdulillah cuaca minggu lepas terrsangat lah baik! Start kitaorang buka kedai sampai la ke malam, cerah elok langit dan pengunjung pun ramai menyinggah. 



Monday, September 18, 2017

NIVEA Protect & Care Pilihanku Untuk Perlindungan Berpanjangan!


Assalamualaikum!


Korang kalau keluar rumah ada pakai deodoran tak? Urghhhh ... rasa tak selesa yang teramat sangat kalau tak pakai, betul tak! Keluar rumah kelam kabut, tetiba terlupa nak pakai deodoran aduhhh dia punya azab nak hadap bau 'masam' tu seharian memang mengerikan! ๐Ÿ˜‚ Tambah pulak kita keje dalam pejabat yang ada penghawa dingin, lagi menusuk bau dia! haha.

Sebab tu, setiap wanita perlu ada deodoran yang sesuai untuk memastikan kita rasa selesa tidak kira dimana jua kita berada. Deodoran sesuai yang macam mana tu? Haaa yang sesuai macam NIVEA Protect & Care ni lah! ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡





Produk terbaru istimewa untuk mereka yang inginkan perlindungan berpanjangan dan penjagaan kulit bawah lengan yang lembut, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crรจme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Maksudnya, deodoran NIVEA ni bukan sahaja bertindak untuk memberikan bau yang harum dan kesegaran sepanjang hari tetapi ia juga melindungi kulit bawah lengan kita dari kerosakan dan kerengsaan akibat dari mencukur atau mencabut bulu.

Motif utama deodoran NIVEA Protect & Care ini adalah untuk memberi perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam dan kesegaran sepanjang hari. Formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan kita kulit bawah lengan yang lembut dan licin.

"Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kersosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan, Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjgaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan," kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Kenapa aku pilih deodoran NIVEA Protect & Care?

Sebenarnya, sejak di zaman sekolah menengah lagi aku dah gunakan deodoran. Tapi nak cari deodoran yang selesa dipakai tu payah! Bau harum je tak cukup kalau ketiak rasa melekit dan gatal-gatal. Apatah lagi bila kita sedang bersukan atau bekerja di luar pejabat. Sebab tu, aku kena pilih deodoran yang bukan sahaja memberi kesegaran kulit tapi mampu melindungi kulit sepanjang hari.



NIVEA Protect & Care


Antara yang roll-on dan spray, aku lebih suka spray deodoran. Mungkin sebab aku trauma guna yang roll-on punya dulu, dah sedap pakai ehhh kenapa rasa melekit-lekit ketiak aku ni? ehhh nape gatal-gatal pulak ni? Haa langsung tak jadi satu keje, asyik nak menggaru je kan haha. Tapi aku cuba guna NIVEA Protect & Care yang roll-on punya ni, ehh ok la pulak. Rasa selesa, wangi dan yang penting kulit bawah lengan a.k.a ketiak rasa lembut je...gituuuu.

So, tak kisah lah guna yang spray atau roll-on, janji kita guna NIVEA Protect & Care untuk penjagaan dan perlindungan kulit bawah lengan kita. Barulah keluar rumah rasa berkeyakinan dan aura positif di sekeliling kita. Cuba korang keluar rumah tak pakai deodoran sepanjang hari ... agak-agak dapat aura positif ke negatif ? hehe.

Jom sertai NIVEA Care Run!

Bulan Oktober depan NIVEA nak ajak korang berlari tau! Lari ke mana? Haaaa NIVEA Protect & Care akan menganjurkan acara larian NIVEA Care Run pada 29hb Oktober 2017 (Ahad). Korang yang aktif masuk acara larian bolehlah sertai acara larian 5km di Presint 6 Putrajaya. Selain tu, pada hari tersebut turut bakal berlangsung ialah akitiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan.




Bukan tu saja, korang juga akan dapat NIVEA Kit Run yang bernilai RM100 untuk dibawa pulang! ada lagiiii .... korang berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti terkenal tanahair seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie di acara larian tu nanti. Cepatlah ajak anak-anak, keluarga, kawan-kawan daftar sekarang ye. 


NIVEA Care Run Kit



So, jangan lupa daftar untuk acara larian NIVEA Care Run tau. Korang hanya perlu bayar RM65 untuk pendaftaran dan NIVEA Care Run Kit bernilai sehingga RM100 bakal menjadi milik korang! 

Sebahagian yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. 

Untuk mendaftar, korang boleh layari www.niveacarerun.com.my.

Siapa yang belum dapatkan deodoran NIVEA Protect & Care ni bolehlah pergi dapatkan segera di semua kedai dan farmasi pasaraya dan pasaraya hiper seluruh negara. 


Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml
RM17.50

Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml
RM11.30


Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/mynivea

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.