ruangiklan
ruangiklan

Saturday, September 30, 2017

Pantun Diri Saya by Hazwani

  2 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Memang ibu akui, ibu jarang bercerita pasal kakak sekarang ni. Bukan sebab ibu tak nak tapi anak ibu yang sulung ni sangat pemalu kalau disuruh bergambar ... hehehe. Betullah ... anak perempuan kenalah ada sifat malu tu. Tu sebab gambar ngan kakak sangat sedikit dalam simpanan berbanding adiknya. Masa waktu baby sedaplah bergambar, tapi bila dah umur 10 tahun ni dah pandai menolak kalau diajak. 

Tapi disebabkan ibu ni jenis degil hahaha, maka kakak kena juga bergambar. Alaa gambar dengan ayahnya je punnn! Ibu baru perasan gambar kakak dengan ayah waktu umur 10 tahun ni belum ada lagi kan. Gambar selfie ngan kakak pun tak banyak, so depan sekolah jugak kakak berdiri sebelah ayah hehe.


Friday, September 29, 2017

Lampu khemah menerangi kegelapan malam!


Assalamualaikum!


Asyik cerita pasal cbs pasal chilindo, pasal cbs pasal chilindo. Dua tu je la ko asyik ulang ye Nim! haha. Ye la ... janji ada cerita ye dak! Sementara cerita lain nak timbul, aku cerita la mana yang aku sempat nak cerita. Kang takda cerita langsung, senyap terus blog kesayangan aku ni.

Sekarang ni musim peralihan monsun, maksudnya cuaca kering akan berubah menjadi hujan sekejap-sekejap sementara menunggu tibanya Monsun Timur Laut pada bulan November. So ... itu jelah nak kabor bagitau korang hehe. Selit jap info cuaca .. ok la tu kannnn!


Thursday, September 28, 2017

5 Sebab kenapa carbootsale (cbs) ni best!


Assalamualaikum!


Benar kata orang, kalau kita dah suka dengan satu-satu benda tu kita akan jadi ketagih! Kalau tak buat atau tak dapat, mula la 'menggelupur' atau tak senang hati, setuju? Walaupun hasilnya belum dapat ditentukan tapi kerana minat yang mendalam, macam mana susah pun kita mesti akan buat jugak!

Begitulah jugak dengan aktiviti carboot ni. Sejak berkecimpung membantu Pak Jelan dalam aktiviti carbootsale ni, kami jadi makin bersemangat setiap minggu. Kalau dulu, hari Sabtu & Ahad hanya duduk dirumah, tapi sekarang dah dipenuhi dengan aktiviti jualan cbs.

Monday, September 25, 2017

Bid lagi ...

  3 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


Kali ketiga aku bid dah ni haha! Kali ni bid sebab nak surprisekan cik abg dan anak. Ada dua tiga benda yang aku berkenan nak berikan pada diaorang, dan kalau kena ngan bajet why not kan!




Yeahhh kali ni aku hadkan pada 3 barang je. Tak macam yang pertama dan kedua, sampai 8-9 barang aku bid hehe. Bid pun ikut bajet dan kalau boleh bawah RM10 ikut jenis dan kualiti barang.


Set pemotong rambut proclipper

Set pemutar skru

Bekal makanan


Set pemotong rambut dan set pemutar skru tu opkos untuk cik abg aku lah. Bukan takda mesin potong rambut dalam simpanan, tapi bila nampak hat kaler merah ni nampak macam comel pulak kan haha. Apepun, sebelum nak bid kena baca description dulu. Pastu target bajet berapa kita nak bid untuk barang tu. Alhamdulillah, aku bid dapat tiga belas ringgit lebih untuk mesin potong rambut. Cik abg pun dah guna mesin potong rambut ni, dan ok katanya.

Bekal makanan tu pulak untuk my sulung. Kotak kedua aritu dah dapatkan satu untuk Mira, bila bukak dan tengok ishh macam comel je! So, untuk kali ni aku try dapatkan satu lagi untuk kakak. Anak-anak memang rajin nak bawa bekal, tapi kalau beli bekal mahal-mahal akhirnya hilang tanpa dikesan disekolah. Makanya, guna je la bekal makanan ni ha ... murah dan comel!

So tercapailah misi ibu nak gembirakan hati suami dan anak-anak. Seronok memang seronok cuma kena berhati-hati agar tidak terlajak. Setakat ni takda masalah dari segi kualiti dan penghantaran barang. Dan memang tak dinafikan 'berhantu' jugak benda alah ni haha! Barang apa lagi aku nak target lepas ni kat Chilindo? Tungguuuuuuu ... hahahaha!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.