Tuesday, January 09, 2018

# Bila Balik Kampung # Melaka

Demi keselesaan ayam ...


Assalamualaikum!


Setelah berbulan-bulan menunggu akhirnya impian mak untuk mencantikkan reban ayamnya tercapai. Ingat nak repair balik reban ayam ni senang ke? Makan duit satu hal, kena 'kencing' ngan orang satu hal lagi! Tapi syukur alhamdulillah semuanya dah setel.

Nak mencari orang yang pandai bertukang di kampung tak susah, cuma nak cari yang sanggup buat reban ayam tu yang payah. Bukan setakat pandai mengetuk kayu, dia juga kena tahu mengukur dan bagi idea macam mana nak bagi reban tu nampak praktikal dan kemas. Perghhh ...praktikal terus hahaha! Mujurlah orang yang tolong buat ni reti buat tu semua. Ahamdulillah, hasil kerja tangan orang tu memang kemas dan memuaskan.

ketika dalam proses pembaikan


Keadaan reban ayam tu sebelum ni memang menyedihkan. Dengan pintu sengetnya, dawai terkeluar, zink berkarat dan bocor. Anak ayam yang baru menetas ada yang mati sebab tercucuk dawai. Ada juga kakinya jadi cacat sebab kena tindih dengan ayam lain disebabkan ruang tak cukup besar. Ye la ... dah bertahun-tahun kot reban ayam tu. Dah beratus-ratus ayam mak yang tinggal disitu. Kalau tak dibaiki cepat, boleh runtuh reban ni nanti. Lagi besar la kos nak dirikan semula.


dah siap

Taraaaa! inilah rupa 'banglo mewah' untuk ayam-ayam mak berteduh. Dah macam asrama pulak ye hehe. Lain pintu lain kategori ayamnye. Ada ayam teruna dan dara, ada ayam tengah mengeram, ada ayam dengan anak-anak ayamnye, ayam tua pun ada! Yang kaler biru separuh tu bukan ape, memula ingat nak tulis tarikh reban tu siap tapi besar sangat tulisannya terus cat biru separuh hehe.

Nampak kemas dan tegap. Takda la senget benget macam dulu, ayam duduk pun selesa. Mak nak tembak air bersihkan taik ayam pun senang, dan yang penting takda dawai terkeluar yang boleh menyebabkan anak-anak ayam cedera.

Kosnya? Kosnya makan ratus jugak le walaupun kayu dan bahan lain kita beli sendiri. Nampak mudah tapi sebenarnya nak buat dia memang tak mudah! Kena tangan berseni dan tertib buat kerja. Kalau cincai memang hasilnya pun cincai la kan.

So, gitula ceritanyeeeeeee. Makan 'mewah', tempat tinggal selesa .... cukup bulan kita kasi jual! hehehe.

:)

2 comments:

  1. Wah selesa Bangkok baru utk ayam2 ninbarulah byk bertelur kan

    ReplyDelete
  2. Wah.. Makin cantik rebannya.. kemas dan teratur je..

    ReplyDelete

Apa kata korang?