Breaking

Monday, January 15, 2018

Dua bulan lagi


Assalamualaikum!

Dah masuk minggu kedua diaorang bersekolah. Aktiviti hari-hari memang padat dan kadang-kadang tak cukup masa dibuatnya. Tapi belah malam, aku akan pastikan diaorang tidur pukul 10pm atau 10.30pm paling lewat. Takda maknanya nak layan drama cintan cintun dah sekarang ni. Tidur lagi best! haha.

Jangan diaorang, aku pun tak layan sangat dah drama sekarang ni. Last aku boleh hadap citer Patahnya Sebelah Sayap tu, lepas tu aku tak boleh commit nak tengok drama lain. Balik je dah humban beg terus masuk dapur. Dari pukul 7.30pm sampai pukul 10pm tu aku kena pastikan diaorang dah siap segala homework lengkap dengan makan malamnya. 


Siang dah penat dengan sekolah, balik malam kena rushing pulak buat kerja sekolah. Ini belum pergi tuisyen lagi, dah penat macam ni. Dengan ibu sekali terlentok setiap malam kerana kepenatan haha.

Tahun ni, ada dua benda ibu kena setelkan pasal kakak. Pertama, nak masukkan dia tuisyen dan kedua ... biarlah rahsia buat masa ni hehe. Haihhh ... ginilah nasib kalau hidup di KL, sekolah di PJ. Boleh dikatakan, kami ni membesar atas jalanraya je la hahaha. 

Lagi satu yang memeningkan kepala ibu sekarang ni, pasal dua bulan lagi! Ada apa lagi dua bulan? Birthday diaorang leeeeeee ... dah siap order pun hadiah masing-masing. Ibu dah tergaru hidung dah ni ... huhu.

Yang Mira pulak, hari tu beriya dia bercerita kawan sekolah dia nak bagi hadiah untuk birthday dia nanti. Hadiah apa? 10 iPhone, 10 beg Smiggle, 10 pencil box, 10 iPad. Ni kawan ke scammer?? Beriya dia cakap kawan dia tu kaya, bapa dia bos huhu 😖

Takpe dik, kita tunggu je la minggu depan dia bawa ke tidak hadiah-hadiah tu. Dia cakap nak bagi awal dari tarikh birthday kan! Minggu lepas dia janji bawa, tapi Mira cakap dia terlupa tertinggal di rumah. Teruk nau kelurusan bendul anakku ini ... hehe.



3 comments:

  1. Hehe kalau dah ada anak besar memang menghitung hari lah nak celebrate birthday ye

    ReplyDelete
  2. Sha pun menghitung hari.. Belum birthday anak dah sibuk menanya.. hehehe.. Kerenah anak-anak membesar kan sis..

    ReplyDelete
  3. hahahah... mudah kena scam ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.