ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, January 03, 2018

Nikmat & Ujian 2017


Assalamualaikum!


Apela, orang dah masuk tahun 2018 ko masih citer pasal 2017! hehe. Apakan daya, minggu terakhir tahun 2017 aku gunakan sebaik yang mungkin untuk luangkan masa bersama keluarga, maka terpaksa la 'berpuasa' dari update blog kejap hehe.

Mira tu tak boleh nampak aku pegang handphone. Dia punya bebelan setaraf dengan aku dah tu hehe. Tapi, kalau diaorang ngadap game atau tengok kartun kat handphone aku, tak pulak menjadi kesalahan pada diaorang! Geram ni gerammmm ... hehe.

Okla, banyak benda berlaku dalam tahun 2017 ni. Suka duka, pahit manis, ujian dan nikmat silih berganti. Alhamdulillah, 12 bulan kami hadapi walaupun kadang-kadang rasa hampir nak 'tumbang'. Kita semua ada dugaan dan ujian masing-masing, cuma bentuk ujian barangkali tak sama. Tapi takkan la nak cerita semua ye tak. Yang manis kita kongsikan bersama, yang pahit kita telan sorang-sorang la kan hehe.


My kesayangans


Kakak dan adik ... mereka lah nikmat mereka jugalah ujian buat kami. Tapi antara nikmat dan ujian itu, mereka berdua juga adalah pakar motivasi, pendorong dan penguat semangat aku untuk terus berdiri di atas muka bumi Allah ni. 

Hai, takkan dua je? bila nak bertiga? InsyaAllah ... ada rezeki bertiga berempat berlima pun boleh hehe. Tapi kalau ditakdirkan mereka berdua je yang Allah anugerahkan buat kami, maka kami terima dengan penuh redha. Dah kenapa ko nak paksa orang beranak lagi kalau dah belum rezeki dia nak dapat. Doa je yang baik-baik, mana tahu tahun 2018 ni keluar kembar terus! aaminnnn ... hahaha

Harapan dan doa untuk tahun 2018, nikmat dan ujian takkan padam selagi roh tidak berpisah dari jasad. Moga kami akan lebih kuat dan rasional untuk menghadapi apapun cabaran, hati akan lebih bersabar dan redha menerima ketentuan Ilahi. Berusaha terus menerus demi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, disamping berusaha untuk mendidik dan mengasuh mereka dengan peribadi yang mulia.

Yang lain-lain tu ...biarlah rahsia hehe. Walaupun dah masuk hari ke-3 kita melangkah ke tahun baru, aku still nak ucapkan selamat tahun baru 2018 buat semua. Moga apa yang kita impikan di tahun 2017 akan tercapai di tahun ini insyaAllah....aaaminnnn.

2 comments:

  1. diaorang suruh beranak lagi bukan diaorang yang jaga..hahah... badan kita yang nak membawa nya, kita yang nak menjaganya..jadi buat je la ikut kemampuan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... kalau ada rezeki tak kemana betoi dak :)

      Delete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.