ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, February 14, 2018

Alkisah Hazwani & Catur

  2 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Ada satu hari kakak tanya, "ibu pandai main chess tak?"

"tak berapa nak pandai. Reti gerak buah tu sikit-sikit je kak ... naper?" 

"main chess tu macam main dam ke?"

"ishh tak la ... buah chess tak 'jalan' macam buah dam. Susah nak main dia kalau tak reti gerak buah."

Dia senyap. Ingat habis disitu je la ...


 


Ade juga dia suh aku ajar cara main chess, tapi mana la ibu ni reti main kak. Yang ibu reti kuda tu gerak 'L' dan askar tu gerak 1 atau 2 tempat. Tu je la! Tapi dia tak putus asa, suh aku ajar jugak takat mana yang aku reti.

Minggu lepas, dia masuk kereta bagi khabar berita .....,"ibu, kakak main chess kat sekolah". So, aku pun tak syak apa ... aku cakap "ok good" pastu aku sambung tanya,"tapi awak reti ke main chess tu kak?" selamba badak dia jawab reti.

Aku tak syak apa-apa lagi. Lantak awak la kak, janji awak bahagia. Dan semalam tetiba whatsapp timbul group baru .... 'Catur SKJS1'. Kakak masuk tournament chess??? wakil sekolah??? bulan Mac nanti??? hahaha .... Aku ingatkan dia main untuk kelab sekolah je, rupa-rupanya untuk daerah!  Masa bila pulak anak aku ni berlatih main chess sampai jadi pro dan boleh terpilih wakil sekolah ni???

Ermmm pastu aku tanya, "macam mana cikgu boleh pilih awak main chess kak?" Dengan selambanya dia cakap, "cikgu tanya dalam kelas siapa pandai main chess, so kakak angkat tangan la" Mengenyit-ngenyit mata aku menahan kemusykilan didalam hati ... masa bila pulak kakak pandai main chess? sapa ajar dia? Untuk lebih kepastian, aku tanya lagi,"macam mana kakak reti main? sapa ajar kakak?", dan jawapannya sangat lah mengejutkan ....,"kakak reti main, kan kakak main ngan ibu aritu"

Whattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!😩😏

Tapi kejadian tu ada hikmah rupanya. Hazwani dah reti main chess sekarang! Walaupun bukan pro, tapi dia reti la gerakkan buah tu dengan betul. Aku yang tak reti main sebelum ni pun dah pandai sebab dia yang ajarkan haha. Langsung diajaknya aku main hampir setiap malam lepas habis homework untuk mantapkan lagi kemahiran chess dia. 

Tu la ... dalam keluarga aku mana ada yang main chess. Tup tup anak sendiri pulak suka main chess. Sekarang ni diaorang tengah berlatih untuk pertandingan chess peringkat daerah bulan Mac nanti. Sementara tu, aku la tempat dia mengasah bakat hehe. Tapi ok la tu kan, sesekali bosan baca buku boleh mengadap chess pulak. 





Untuk menyatakan sokongan kami terhadap kakak, ayahnya dah belikan set chess untuk dia berlatih dirumah. Terlajak suka la dia! Kemana saja dia akan bawa set chess dia tu. Kalau nampak aku dok berlenggang takda keje sikit, mulala dia tanya ibu ada keje tak kalau takda jom kita main chess! 😂😆

Moga kakak berjaya dalam tournament nanti dan jadi pro dalam permainan chess ...aaminn.

2 comments:

  1. bijak wani dah pandai main chess..tak menahan jawapan dia tu. Apepun goodluck wani.

    ReplyDelete
  2. Hohoho...tu minat LeYa.. Tapi mase tu dapat tempat ke tinggal je peringkat sekolah. Papepun, kalau kakak nak main ngan Auntie LeYa pun boleh.. Cuma dah lama juga tak main chess ni.. Tapi rasenya masih boleh lagi kot..hehehe..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.