Monday, February 05, 2018

# Anything and Everything # Informasi Dan Tips

Bil SYABAS Yang Baru Bermula 1 Januari 2018 Tak Boleh Bayar Terus Dari Akaun Macam Dulu Lagi!


Assalamualaikum!


Patutlah dari bulan lepas aku dok mencari nama 'SYABAS' dalam senarai yang biasa aku gunakan untuk bayar bil utiliti di Maybank2u. Rupa-rupanya bil SYABAS dah tak boleh bayar direct terus dari akaun macam sebelum ni. Jenuh aku bertanya kawan pasal ni, tapi diaorang pun tak tahu. Kalau nak bayar juga bolehlah gi beratur di pejabat pos atau bank. Aduhh ... ni tahun 2018 la semua dihujung jari beb, nak beratur apenye lagi hehe.




So kelmarin, bil air pun sampai dan kali ni tersimpan kemas dalam sampul bukan seperti sebelum ni bil hanya diselit di celah pagar pintu. Terkejut sikit jugak bila cik abg kata tu bil air. Aikk ... dah tak macam bil api dah ke? Siap bersampul bagai, pastu paparan bil pun dah lain guna cetakan atas kertas A4.


Sekali terbaca kat tepi bil tu, 'Mulai 1 Januari 2018, pembayaran bil air melalui perbankan internet hanya diterima dengan menggunakan JomPAY'. Ooohhhh .. patutlah dok cari nama 'SYABAS' tak jumpa dalam senarai All Payees aritu huhu.




Oohh acaner nak bayar bil SYABAS guna JomPAY ni? Haa nanti aku share kat next entri ye. So misteri kenapa aku tak dapat bayar bil air bulan lepas telah pun terungkai hehe. Bila dah dapat next bil baru tahu nak bayar macam mana. Aku rasa SYABAS ni je yang suruh kita bayar guna JomPAY. Bil utiliti lain masih boleh bayar direct macam biasa. 

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?