ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, February 06, 2018

Cara Bayar Bil SYABAS Guna JomPAY


Assalamualaikum!


Jenuh mikir macam mana nak bayar bil air SYABAS secara online, akhirnya daku temui jawapannya hahaha. Amboiiii bunyi macamlah dia orang pertama di dunia yang tahu ye, tapi aku nak share jugakla kot-kot mana tau ada yang macam aku spesis ketinggalan zaman sikit hehehe.

Ok, dalam bil SYABAS yang terkini dah dimaklumkan yang bermula 1 Januari 2018, pembayaran bil air perlu dibuat dengan menggunakan aplikasi JomPAY sahaja. Maksudnya, kita tak boleh bayar macam kita biasa bayar bil elektrik dan bil-bil lain secara online seperti sebelum ni.  Setahu aku bil SYABAS je lah yang kena guna JomPAY ni, tak pasti pulak kalau bil utiliti lain pun kena. Tapi setakat ni untuk bil-bil lain tu aku bayar direct terus macam biasa sebab penama masih ada dalam senarai utama.





Anyway, nak bayar bil SYABAS guna JomPAY ni senang jugak kaedahnya. Korang hanya perlu cari aplikasi JomPAY dalam perbankan internet korang. Bank-bank utama seperti Maybank, Agronet, Bank Rakyat dan bank-bank tempatan lain ada menyediakan aplikasi JomPAY.

Ambil bil air korang dan letakkan didepan. Log in perbankan internet yang korang ada dan cari simbol JomPAY macam dalam gambar di atas tu. Klik situ dan pergi ke langkah seterusnya.




Kalau masa kita bayar bil SYABAS dulu, dia minta nombor akaun bil kan? Sekarang bayar JomPAY ni dia tak minta nombor akaun dah tapi dia minta 2 benda! Cuba tengok dalam kotak yang aku dah birukan pada bil di atas ni, ada nombor 'Biller Code' dan  nombor 'Ref-1' kan? Dua nombor inilah yang korang kena masukkan untuk bayar bil.

Rujuk gambar bawah kalau nak lebih clear.




Masukkan nombor 'Biller Code' dan 'Ref-1' beserta jumlah bayaran yang korang nak buat. Lepas tu boleh print resit dan setel!

Senang jugak kan! 😋

6 comments:

  1. ooo camtu pulak --- bulan Januari bil Air xdpt lg sampai skrg

    ReplyDelete
  2. lahai...makin mudah kan nak membayar sekarang ni..dah tak perlu nak beratur

    ReplyDelete
  3. boleh buat peberet ke bil air ni kat online tu?

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.