ruangiklan
ruangiklan

Monday, February 12, 2018

Cermin mata untuk ...

  2 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Tak sangka ada yang mengikut aku pakai cermin mata. Bukan faktor genetik atau keturunan, sebab mak, abah, abg dan akak aku tak pakai cermin mata pun. Tapi faham-faham jelah kan zaman budak-budak dulu banyak tengok tv hohoho. Pastu dah ada komputer, start berjaga malam pulak tengok skrin monitor dalam gelap. Umur 13-14 tahun dahhhhh rabun.

Selalu aku tengok anak orang yang umur 6-7 tahun pergi sekolah dah pakai cermin mata. Aduh makkk, kecil lagi budaknya dah mata rabun. Tapi tu la kan, bukan kita saja gatal-gatal nak bagi anak pakai spek mata. Kalau dah mata tak nampak apa cikgu tulis di papan hitam, acaner nak belajar ye dak?


Hazwani ni dari tahun lepas lagi dia mengadu masalah mata dia. Dalam kelas dia duduk belakang, apa cikgu tulis di depan memang tak clear dah. Kenala dia berjalan ke depan untuk tengok lebih jelas. Tapi masa tu aku 'tahan'kan lagi takmo bagi dia pakai cermin mata. Awal sangat kot ... aku kesian tengok dia kecil lagi dah mata rabun. Tapi dia belajar payah la sikit, tiap kali kena pergi ke depan. Lagi 'azab' kalau tulisan cikgu kecil hehe.

Pastu dia mengadu matanya berair, pedih dan gatal. Hurmm ...akhirnya, aku akur jugak la. Kakak memang perlu pakai cermin mata. Tapi, sebelum aku proceed buat cermin mata untuk dia, aku bawa dia jumpa doktor dulu. Doktor di klinik kesihatan tu kan ada buat pemeriksaan mata. Dah confirm memang mata dia ada tanda-tanda rabun, maka doktor syorkan aku pergi buat cermin mata.

Ok fine.




Dan akhirnya, Hazwani officially bermata empat huhu. Alhamdulillah, takda dah dia mengadu mata tak nampak macam dulu. Hurmm ... nampaknya kita geng ye kak.

2 comments:

  1. wah..lama betul tak nampak kakak..besar dah dia kan...kesian kat kakak,kecil² dah pakai cermin mata..Tapi apa nak buat,kalau dah terpaksa pakai..emmm..tapi oklah..kakak nampak macam dah dewasa

    ReplyDelete
  2. apa salahnya bermata 4 kalau untuk improve life quality kita kan

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.