Friday, February 02, 2018

# Awesome Places

Gebangnya seperti menteri, pung pang sana tapi habuk pun tarak!



Assalamualaikum!


Pernahkah orang yang macam ni wujud dalam kehidupan anda?  Mesti ramai antara kita pernah terjumpa dengan orang yang macam ni. Eh, tapi ni bukan cerita pasal mana-mana menteri dalam negara kita ye. Takda kena mengena pun hehehe.

Ada ke antara kawan-kawan kita yang suka cakap besar atau gebang lebih sana sini? Atau sedara kita? Fuhh kita pun rasa 'kagum' tambah meluat kalau dengar dia bercakap betul tak. Impiannya besar, janjinya melangit! Tapi, hasilnya? yillek patti.





Dah, kalau kita ada kawan atau sedara yang perangainya macam ni, apa nak buat? Ada cadangan ke? Atau kita nak senyum dan anggukkan aje? Tak pun kitealari jauh-jauh jangan jumpa dia dah. 

Lagi satu, kalau ada orang macam ni dalam hidup kita elakkan diri anda dari terlalu mempercayai dia atau menaruh harapan besar, sebab nanti bimbang apa yang dicakapnya tak serupa apa yang dibikinkannya. Eh... faham ke tak tu? hehe.

2 comments:

  1. memang ada pun.. bila dah kenal org tu malas dah nak dengar pun pang dia

    ReplyDelete
  2. Orang macam ni banyak sangat. Yang cakapnya lebihh tapi tindakannya kurang

    ReplyDelete

Apa kata korang?