ruangiklan
ruangiklan

Monday, February 26, 2018

Projek D.I.Y meja belajar

  4 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Perancangan nak buatnya dah lama, memandangkan saiz lengan anak-anak dara aku ni dah membesar sampai tak muat meja, maka meja belajar yang baru perlu diadakan jugak. Meja lama tu sebenarnya adalah meja belajar aku zaman sekolah dulu. Situlah letaknya komputer kanta cembung dan CPU besar gedabak abah beli untuk aku belajar. Tapi aku bantai gi layan Yahoo Messenger la ... Hotmail Messenger la ...irc chat la 😂 Dassssar melencong banyak ini orang ha!

Tapi meja belajar aku tu banyak jasanya, dan masih kukuh hingga ke hari ini. Cuma saiznya tak sesuai untuk muat dua orang budak la. Sebelum ni, sorang duduk kat meja sorang lagi duduk bersila dibawah buat homework. Kalau dua-dua duduk kat meja lama tu, confirm bertekak sebab masing-masing bukak 'kepak' besar-besar, dah tu kakak selalu marah adik sebab rambut adik mengerbang kena muka kakak, kacau kakak punya konsentrasi nak menulis hahahaha!

Tu pasal la bila opis buat pelupusan harta awal tahun aritu, aku tak fikir banyak dah ... terus amik meja lama-lama yang masih elok untuk D.I.Y sendiri jadi meja belajar dua beradik tu. Project managernya dah tentulah ayah kesayangan diaorang yang memang pandai bertukang. Setengah hari dah siap!

Tadaaa! tempat mereka berjuang setiap malam


Meja takda kaki, kita lekat di dinding terus


Meja panjang tu sebenarnya adalah 2 keping meja pejabat. Permukaan atas dan bawah masih elok, faham-faham je la barang pejabat walaupun dah 20 tahun usianya, tapi masih elok hehe. Projek manager cakap nak buat meja lekat dinding terus, takyah ada kaki meja, so nampak clear dan lebih kemas. Tapi ibu nampak diaorang gi susun kotak dan barang-barang mainan bawah tu pulak ... 😵


Meja kak long

Buat para lagi satu untuk letak buku di atas dan dibawah

Meja Mira



Sekarang sorang satu dah ada meja belajar, takda alasan tak cukup tempat atau meja kecik. Masing-masing ada tempat letak buku sendiri dan ruang untuk menulis pun selesa. Nak bukak 'kepak' besar mana pun boleh, takda sapa nak marah. Masing-masing punya kawasan, bolehlah hias ikut kreativiti dan kesukaan sendiri. Peta Malaysia tu saje aku belikan supaya diaorang kenal Malaysia ni besar mana haha. Yang pasti, takda lagi kes rambut adik mengerbang kena muka kakak 😂

4 comments:

  1. Lagi nampak kemas macam ni..kat bawah pun boleh tambah para untuk letak buku jugak..

    ReplyDelete
  2. Tahun depan kena fikirkan juga ni..bila dua-dua dah sekolah..

    ReplyDelete
  3. idea menarik.. dlu time sekolah ada meja belajar sendiri. iyela... tinggal lisa sorang so tkde nak berebut haha

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.