Tuesday, April 10, 2018

# Cerita My Pearls # Petaling Jaya

Akhirnya Mira Menang!


Assalamualaikum!


Setelah berminggu-minggu dia kemurungan, akhirnya berjaya juga Mira menang hadiah! hehe. Agak teruk juga nak pujuk dan meyakinkan dia tau bila tiap kali racing dia kalah. Kita nak main racing hanya untuk suka-suka, tak semestinya kena menang baru tidur lena hehe. Tapi, opkoslah naluri nak menang tu tetap ada dalam diri anak-anak kita kan.

Maka, untuk usaha tanpa jemu setiap minggu akhirnya membuahkan hasil. Mira berjaya menduduki tempat podium kedua sekaligus menjadi naib johan untuk racing hotwheels minggu lepas. Alhamdulillah ... tahniah anak ibu!


Kereta Mira yang warna ungu


Tema racing malam tu ialah 'Nascar', maka hanya kereta Nascar atau bernombor yang dibenarkan untuk mengambil bahagian. Racing hotwheels ni ada 2 kategori, kanak-kanak dan dewasa. Ikut pada penyertaan juga, kalau ramai akan dibahagikan tapi kalau tak ramai campur je kanak-kanak dan dewasa.

Itulah yang seronoknya bawa anak-anak ke TTKC Petaling Jaya ni, selain ada aktiviti jualan kereta hotwheels dan jenama lain, ada juga game untuk anak-anak. 





Kemain happy my kenit dapat hadiah hehe ;)

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?