Thursday, April 26, 2018

# Puspanita # Story Kenit

Kelas Dekorasi Kek


Assalamualaikum!


Saat-saat yang kuidamkan telah pun tiba! Sebelum sampai kelas ni, termenung kejap apela yang cikgu tu nak ajar kitaorang nanti yek. Dah la buat kek tak reti (aku le tu), ni nak ajar deko kek pulak. Seumur hidup pun tak pernah pegang piping bag tu lagi haha. Tapi takpela ... tu la sebabnya kita join kelas ni kan. Nak ambil pengalaman dan belajar benda baru.

Aku suka sangat dengan kek! Suka tengok kek-kek yang designnya cantik dan comel. Macam mana diaorang buat bunga, macam mana diaorang buat tulisan, macam mana jadi daun ... semua aku nak tahu! Dah tua-tua gini pun tahap curiosity tu ada lagi kan hahaha!

Dan lagi satu ... aku teringin sebenarnya. Teringin nak menghasilkan kek sendiri. Aku kagum dengan orang yang pandai buat kek ni. Kagum dari jauh je la hehe. Betapa halusnya seni tangan diaorang nak membentuk atas kek tu. Kalau aku buat, dari normal boleh dapat 'Parkinson' tetiba sebab nak lalukan piping bag buat bentuk atas kek tu bukan mudah ye! hehe. 

Dah la kita ni suka makan kek, terutama yang buttercream .. tu yang gigih nak belajar jugak!






Dah namanya pun kelas dekorasi kek, maka yang cikgu ajar hanyalah mendeko kek. Habis, kek butter tu dari mana? Haaa kek tu memang telah disediakan awal untuk yang join kelas ni. Inilah antara sebab kenapa aku suka join kelas-kelas begini, sebab dia memang ikut tema.

Alhamdulillah dapat bawa balik sorang satu kek untuk family masing-masing. Sebelum nak mendeko atas kek, cikgu ajar cara buat design atas papan plate dulu. Disebabkan hampir semuanya adalah amatur termasuklah diri ini, maka kita belajar satu persatu.


tu kalau senyum gitu tandanya menjadi la aku buat 
design tu haha!






Corak star, basket, daun senang juga nak membuatnya. Masuk corak lain kelaut jadinya! Memang dasar tangan keras tak berseni, entah apa-apa hasil yang aku buat hehe.

Yang kelakarnya, tangan dari normal boleh dapat 'Parkinson' kejap! Punya terketor-ketor tangan nak memicit piping bag tu! Tengok cikgu buat macam senang je, sekali sendiri buat ...haaa padan muka aku!😆



Hasil dekorasi dari cikgu

Dah tengok macam mana cikgu buat, barulah kami cuba buat sendiri. Setiap sorang diberikan sebiji kek. Start dari proses potong kek kepada 2 lapisan, melepa dengan buttercream, buat coating cake dan akhir sekali deko kek.

Macam-macam corak macam-macam warna kami buat hehe. Walaupun amatur, tapi hasilnya sangat cantik! Bila dikumpulkan kesemua kek-kek tadi atas satu meja, nampak ceria nampak berseri semuanya. Pemilihan warna juga amat penting bagi memastikan kek kita tidak nampak 'tenggelam' atau tidak berseri.




Kelas Dekorasi Kek 2018


Barulah kami dapat gambaran yang jelas macam mana orang mendeko kek terutama yang menggunakan buttercream. Nak pilih nozzle saiz berapa mengikut corak yang kita nak buat tu. Tapi cikgu cakap, untuk play safe inilah antara corak yang senang untuk dibuat di atas kek.

Tapi kan, aku failed buat corak bunga dengan rambut elsa hahaha! Aduhh ... last-last aku buat corak star, daun dan basket je la hehehehe.

My first cake ever!


See ...disebabkan terlalu excited dan blur yang teramat sebab tak tahu nak letak corak apa atas kek atau warna apa nak dikombinasikan maka aku ambil keputusan untuk letak aje la banyak warna atas kek tu hehehe. Kecik besar kecik besar bintang akak dik non! 

Tapi hati puas sebab aku yang buat corak ni dari awal sampai akhir. Kalau asyik minta tolong cikgu yang buatkan tu dah bukan hasil tangan sendiri namanya kan. So, inilah hasil deko sendiri dari seorang amatur seperti aku ...hehehe.

Bestnye join kelas ni. Aku berharap dapat join lagi di masa akan datang.

2 comments:

Apa kata korang?