Friday, April 13, 2018

# Cerita My Pearls # Sekolah Rendah Agama

Keputusan peperiksaan Hazwani mengejutkan kami!


Assalamualaikum!


Sungguh!! Bukan aku je tergamam, ayahnya pun terdiam bila ditunjukkan keputusan ujian sekolah agama Hazwani petang semalam. Memang tak percaya tapi itulah kebenarannya. Bukan tak yakin dengan anak sendiri, tapi takkan la aku nak menipu pulak. Perasaan pada ketika itu macam tak percaya bila tengok buku laporan dia.

Walaupun ini baru peringkat Ujian tapi dah cukup membanggakan kami berdua! Apatah lagi Hazwani dah darjah 5 dan bakal menduduk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun ini membuatkan jadual belajarnya semakin padat dan ketat. Dengan ujian sekolah rendahnya, dengan sukannya, dengan ujian sekolah agamanya memang setiap hari ada je aktivitinya.




Keputusan Ujian 1 sekolah rendah pun baru saja diperolehi, dan Hazwani memang kena brush up lagi prestasi untuk setiap subjek. Dia bukan tak boleh score, cuma dia memang perlukan seseorang untuk guide dia, duduk sebelah dia untuk bantu dia jawab soalan. 

Hasilnya, dia dapat A dalam BM Penulisan dalam Ujian 1. Alhamdulillah taktik brainstorm aku berjaya untuk dia. Nampaknya kena teruskan juga pada subjek-subjek yang lain. InsyaAllah semua tu akan aku usahakan sedikit demi sedikit.




Alhamdulillah syukur anak ibu dapat tempat pertama dalam kelas. Pun begitu, kalau tengok pada markahnya ternyata ramai pelajar yang barangkali scorenya lebih rendah dari ini, membuatkan aku terfikir mungkin susah soalan-soalan yang diberi.

Tak dinafikan subjek-subjek di sekolah agama, banyak yang dia belajar sendiri terutama Bahasa Arab. Aku memang lemah gemalai dalam subjek tu! Yang lain insyaAllah boleh ajar lagi, cuma dia jarang nak tanya soalan hehe.

Apapun tahniah sayangku! Ibu so proud of you sampai tak terkata-kata semalam. Akhirnya ibu belanja Hazwani makan kuey tiow di gerai kesukaan kita sekeluarga. 

2 comments:

  1. tahniah hazwani dan ibu.. zaman skrg semua silibus semakin susah. kesian generasi muda ni

    ReplyDelete
  2. Tahniah Hazwani..good job...terus kan lagi pencapaian yang terbaik..tahniah buat kedua ibu bapa juga..

    ReplyDelete

Apa kata korang?