ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, April 10, 2018

Ramai Mengeluh Tarikh Mengundi PRU 14 Jatuh Pada 9 Mei 2018

  1 comment    
categories: 

Assalamualaikum!


Berita tentang tarikh Pilihanraya Umum ke 14 telah pun tersebar dengan pantas, dan secara rasminya tarikh PRU 14 jatuh pada 9hb Mei 2018. Maksudnya, lebih kurang sebulan dari sekarang rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi akan menjalankan kewajipan untuk membuang undi untuk memilih kerajaan baru yang akan mentadbir negara tercinta. 

Seperti yang dijangkakan, berita pengumuman tarikh rasmi PRU tidak berapa diterima dengan baik oleh kebanyakan orang kita. Bukan semua orang boleh ambil cuti serentak pada tarikh tersebut yang merupakan hari bekerja (pertengahan minggu), apatah lagi jika mereka perlu pulang ke kampung halaman yang jauh semata-mata untuk mengundi.

Apapun, tarikh telah dikeluarkan maka yang mengundi jauh kena rancang cuti dan perjalanan supaya tak stres. Tapi tengok dari luahan kawan-kawan lain di fb, memang ramai yang tak puas hati sekarang ni hehe.





Selain tarikh PRU, Pengerusi SPR juga mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan Pilihanraya Umum ke 14 kali ini :


Tarikh Penamaan Calon : 28 April 2018
Tarikh Pengundian Awa: 5 Mei 2018
Tarikh PRU14 9 Mei 2018

Ok, tarikh PRU kita dah tahu tapi dah semak ke korang mengundi kawasan mana? PRU lepas aku dan cik abg kena naik Kuantan untuk pergi mengundi. Tapi kali ni, nama kami kena kat KL jeeeee. 

Rasanya ramai yang dah semak kan, tapi kalau ada yang belum bolehlah semak sekarang kat https://pengundi.spr.gov.my/ , untuk kepastian.

Apapun, harap pada tarikh 9hb Mei nanti semua pengundi dapat menjalankan kewajipan masing-masing dengan jayanya. Timbang dan nilailah sendiri hasil usaha calon pilihanraya masing-masing dalam tempoh 5 tahun lepas. Peluang kita untuk memilih hanya 5 tahun sekali, berikan ruang dan peluang pada diri kita untuk memilih calon yang berwibawa dan bukan hanya gebang di atas pentas atau kertas.

Pilihanku semestinya bukan siapa yang bendera partinya paling banyak dikibarkan atau poster gambar calon mana yang paling banyak tergantung di jalanan. Tapi calon yang benar-benar telah menyumbang bakti dan jasa pada masyarakat. Selebihnya kena tunggu la pada hari pengundian ya .... undi itu rahsiaaaaaaaaa :)

1 comment:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.