Tuesday, April 03, 2018

# Informasi Dan Tips # Sekolah Rendah Agama

Semak Pendaftaran Calon Ujian Penilaian KAFA (UPKK) 2018


Assalamualaikum!


Beberapa hari lepas, ustazah kelas kakak telah mengingatkan ibubapa untuk menyemak nama anak-anak yang telah mendaftar bagi peperiksaan UPKK tahun 2018. So, yang mana anak bersekolah agama darjah 5 tahun ni boleh lah mula semak nama anak masing-masing.




Ibubapa boleh layari http://simpeni.islam.gov.my/simpeniv2/index.php?pages=includes/semakan_upkk_calon dan isikan No. MyKid anak untuk menyemak samada butir peribadi calon seperti nama, kod sekolah, nama pusat peperiksaan atau alamat pusat peperiksaan betul atau tidak.

Sekiranya terdapat kesalahan, ibubapa boleh maklumkan dengar segera kepada guru kelas atau minta pihak sekolah untuk hantarkan semula maklumat yang betul. 


1 comment:

Apa kata korang?