ruangiklan
ruangiklan

Sunday, May 06, 2018

Wujudkan Baiti Jannati Untuk Golongan Miskin Bandar


Assalamualaikum! Istilah Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku memang ramai yang dah tahu kan? Semua orang juga ingin merasai aura Baiti Jannati dalam kehidupan mereka, samada dengan ibubapa atau dengan pasangan hidup masing-masing. 

Dan itu membuatkan aku terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Baiti Jannati? Ada orang berpendapat Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku maksudnya mempunyai sebuah rumah yang selesa didiami oleh sebuah keluarga.

Ada pula yang berpandangan Rumahku Syurgaku ni bila kita pandang wajah ibu kita, ayah kita, anak-anak kita, pasangan hidup kita itulah yang sentiasa membuat kita rasa bahagia dan disayangi.

Tapi kalau kita rangkumkan kedua-duanya sekali, pasti pengertiannya lebih tepat dan mendalam kan? 😉



Seperti keluarga-keluarga lain, aku juga mengimpikan Baiti Jannati bersama keluarga kecil kami. Cukuplah sebuah rumah yang selesa lengkap dengan keperluan rumah asas. Dan alhamdulillah, semua itu dapat kukecapi secara sederhana.

Tapi bukan semua orang mampu mengecapi peluang ini, apatah lagi bagi golongan asnaf atau miskin bandar yang juga pastinya ada memasang impian untuk memiliki rumah sendiri.

Sebab itu, bila aku terbaca tentang program Baiti Jannati @ Wlayah Persekutuan ini aku tertarik untuk berkongsi tentangnya dengan korang. Sebenarnya. aku pun baru tahu tentang program ini so meh kita sama-sama baca ye.

Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

  • Merupakan program membantu golongan miskin bandar untuk memiliki serta mendiami rumah yang lebih selesa
  • Sejumlah RM6.5 juta berjaya dikumpul untuk program Baiti Jannati@ Wilayah Persekutuan setakat ini bagi membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)
  • Golongan asnaf yang dimaksudkan adalah seperti orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin
  • Para penerima yang layak akan menerima hak pemilikan rumah berserta barangan elektrik asas seperti kipas, mesin basuh, langsir, meja makan, almari pakaian, tilam, kabinet dapur, set sofa dan lain-lain

Ku Nan menerima sumbangan cek dari Mah Sing Foundation

Untuk pengetahuan korang juga, kutipan dana bagi program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang mendapat sumbangan dari syarikat-syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mah Sing Foundation, agensi seperti 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL , Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Celcom, Pavilion dan lain-lain.

Ye la ... kita yang bekerja ni pun ambil masa untuk mengumpul wang kalau nak miliki rumah yang lengkap dan selesa. Inikan pula mereka yang tiada pendapatan tetap atau tiada sumber kewangan yang mencukupi. Alhamdulillah masih ada yang prihatin dan sudi menggerakkan bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. 



MAIWP turut memberi sumbangan cek kepada Ku Nan untuk 
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan


Apa Syarat/Kriteria Utama Kalau Nak Pohon Program Baiti Jannati?
  • miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • berpenyakit kronik 
  • suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan 
  • tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama





Bagi Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan, kebanyakan penerima bantuan adalah mereka yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) dibawah DBKL. Namun, ada juga penerima yang menerima bantuan bina rumah baru di atas tanah masing-masing.

Penerima bantuan dibantu dengan cara menyediakan kelengkapan rumah asas dan melangsaikan hutang sewa rumah yang telah lama tertunggak. 







Bayangkan lah ye kehidupan kita berubah menjadi lebih baik kerana ada pihak yang sudi tampil untuk bantu meringkan beban. Alhamdulillah usaha murni yang diktunjukkan oleh DBKL dan KWP ini akhirnya memberi hasil yang baik kepada penerima-penerima bantuan yang layak. 

Tiada apa yang lebih bermakna melainkan merasa bersyukur kerana diberi peluang untuk memiliki kediaman yang selesa. Lega rasanya bila dapat tahu Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ini telah menepati misinya, dan aku harap program ini diteruskan lagi supaya yang lain dapat juga merasai nikmat yang sama.

7 comments:

  1. Bagus program ni membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada yang sudi membantu. Semoga usaha ini akan diteruskan dan mendapat prihatian ramai pihak untuk memberi sumbangan

    ReplyDelete
  3. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  4. Inisiatif terbaikk kerajan pada golongan yang tak berkemampuan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah program ni sangat membantu yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah inilah yg kita nak kan memberi bantuan kepada mereka yg memerlukan especially banturan rumah ni kan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..program yg baik

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.