Monday, July 09, 2018

# #raya2018 # Cerita My Pearls

Satu benda yang kami tiada persamaan


Assalamualaikum! Dalam banyak-banyak benda yang aku selalu beli, alat solek tidak termasuk dalam senarai itu. Bukanlah bermaksud aku tak suka bersolek, tapi aku jaaaaarang mengenakan solekan walaupun ke pejabat. Nak bersolek pun kena tengok pada tempatnya dan mood aku juga. Kadang rasa nak bercelak aku pakai celak. Kadang rasa nak bergincu aku calit sikit. Tapi memang kebanyakan masa aku suka naked face dan hanya pakai bedak.

Aku tahu aku tahu ... satu hari nanti aku akan kena hadap benda ni jugak. Mempunyai dua orang anak perempuan yang suka bersolek dan kelihatan cantik rupanya perasaan itu agak janggal dan ... tak best!




Tak best sebab they are still my babies! Aku tak boleh terima kenyataan yang kini anak-anak dah pandai nak melawa sedangkan ibunya .... hmmm. Sampaikan anak-anak bising kenapa ibu tak calit sikit gincu di bibir tu kasi cantik. Padahal ada je gincu (barang review) tapi akhirnya terperuk je dalam kotak huhu.

Pernah aku kena 'bahasa' dengan kakak sebab aku marahkan dia kenapa nak kena bersolek bagai macam orang dewasa sedangkan dia masih di darjah 5! "Takkan kakak nak nampak cantik sikit pun tak boleh?", dia jawab. Aduhaii ... nampak nau kejam ibu ni ye. Baru ibu sedar apa yang ibu mahukan tak semestinya itu yang anak ibu mahukan juga. Sometimes ... you just have to admit that they see things different from you.


#donemakeup


Dan setelah ko belajar terima hakikat itu, barulah ko bawa anak-anak ko pergi Guardian dan belikan pelbagai jenis berus solek, gincu dan eye-shadow untuk sambutan hari raya di sekolah esoknya. Ketiga-tiga barang tu diaorang yang pilih sendiri ye! Can't believe I spent my almost RM50 for these things haha! Tapi dengan amaran .... jaga alat-alat solek segala berus-berus ni dengan baik. Pakai mesti cermat dan kalau gincu tu patah atau serbuk eye-shadow tu 'pecah' dan bertaburan sana sini ... no more cantik-cantik for you two!

And of course, makeup was done by me. Jangan sangka ibu jarang bersolek maka ibu tak boleh nak solek anak-anak ibu ye. Mira cukup suka pakai eye-shadow dengan gincu. Kakak tak boleh tinggal gincu dan maskara. Pagi-pagi ibu dah tonyohkan muka masing-masing supaya nampak cantik di sekolah. 

Ginila ... kalau ada anak perempuan yang suka bersolek. I feel sad ... bukan sebab diaorang suka bersolek. Tapi .... why you grow up so fasttttttttt??? 😭😭

Love,
Hanim

6 comments:

  1. Ye antara perkara yang kita tak boleh terima kenyataan bila baby dah besar, besar dan besar...ohhh tidak! Pandai mereka melawa ye...untung mak dia nanti juga belikan alat solek boleh diorang solekkan emaknya nanti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan tu ada sebab ibu dia penyegan sikit nak bersolek haha

      Delete
  2. comelnya diorang, hehe makin meningkat usia, makin gemar lah bersolek diorang tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya gitu lah ...tapi bila ada function je la. Bukan setiap hari haha

      Delete
  3. Ana perempuan dan kecantikkan memang tak boleh nak dipisahkan.. kikiki.. Samalah dengan anak dara sha..

    ReplyDelete
  4. alolololo Nim.
    sib baik anak dara aida berdua tu langsung tak amik pot ber make up.
    ibu nyer tak make up.
    dioran gpun takde ke arah tu.
    but, aida galakkan diorang bedak skit. presentable la kan.
    jgn tak amik pusing sgt hal muka. just jgn lelebih :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?