Tuesday, August 21, 2018

# Cerita My Pearls

Aiskrm pertama kakak


Asalamualaikum! Sebagai seorang anak yang mempunyai curiosity yang tertinggi, kakak akan berasa puas hati bila dia dapat mencuba sesuatu eksperimen tu sendiri. Lebih-lebih lagi kalau bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah didapati dan mampu milik hehe.

Dah banyak minggu dia dok 'menyanyi' di telinga ibu nak cuba buat aiskrim sendiri di rumah lepas percubaannya buat dalam kelas sains berjaya! So, dengan bersemangat dan penuh yakin bahawa ibu akan bersetuju untuk membenarkan dia buat sendiri eksperimen tu, dia pun minta bahan-bahan yang diperlukan.

Sonang jo nak buek aiskrim ni ruponyo! Dia perlukan esen vanila, sebungkus ais, gula, susu kotak, garam dan tenaga untuk menggoncang!





Fuh! eksperimen aiskrim kakak menjadi akhirnya! Dia punya happy tu tak boleh nak kata la ... bila tengok air susu yang dicampur dengan esen vanila dan gula digoncang dengan bungkusan ais menghasilkan aiskrim!

Cuma tak cukup sejuk barangkali, itu aiskrim kena cepat-cepat makan supaya tak cair jadi air balik hehe. Tapi dia merungut jugak kena goncang lama sampai 5 minit baru jadi aiskrim tu haha! So, sebagai kenang-kenangan ibu buatkan video khas untuk kakak ....




Haaa dengar tu ..."tanpa bantuan siapa-siapaaaa" macam tu dia punya bangga tuuuu ....haha! Tahniah kakak berjaya buat aiskrim sendiri. Lepas ni kita try buat perisa coklat atau strawberi pulak yek!

Love,
ibumu

3 comments:

  1. menjadi tu alhmdulillah tahniahhh

    ReplyDelete
  2. bagusnya nak buat aiskrim sendiri hahaha

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?