Wednesday, August 29, 2018

# Cerita My Pearls # Merdeka 2018

Bila anak-anak minta ibu buatkan baju bendera ...


Assalamualaikum! Jadi ibu ni kena pandai serba serbi. Omputih kata ape ....  multitasking hohoho. Tapi ibu bab jahit menjahit ni ibu surrender awal-awal la. Memang ibu tak pandai dalam bab tu! Jahit tangan reti la ..tu pun senget benget gak sembat aku haha!

Tapiiiiiii bila anak-anak minta tolong jahitkan baju bendera sempena sambutan merdeka kat sekolah, nak tak nak ibu kena paksa diri ibu untuk PANDAI menjahit. Eh bukan guna mesin jahit pun ... jahit cara tradisional je la hehe. Jahit sembat tu reti la ...

Menjahit satu hal ...idea nak buat macam mana baju bendera satu hal lagi. Mira nak masuk pertandingan baju bendera kat sekolah agama. Pastu sambung ke pertandingan baju bendera di sekolah rendah pulak nanti. Kakak je yang nak masuk pertandingan untuk sekolah rendah. Bila tanya kenapa taknak masuk sekolah agama punya? Malu sebab ada budak lelaki kat sekolah .... macam ni la anak ibu ayah, pandai malu dah ye. Tak perlu ibu bebel panjang bab ni lagi hehe.



Mira? Mira kecil lagi ... ok la kalau dia nak masuk pertandingan ni. Lagipun darjah 1 dan darjah 2 dia tak masuk pun. Ibu just nak bagi anak-anak happy, enjoy zaman sekolah selagi boleh. Bila anak-anak request nak masuk pertandingan ibu pun layankan aje, yang penting tak susah nak buatnye ye dak haha.

Mula-mula kena siapkan baju bendera Mira dulu, sebab dia nak pakai 30hb ni. Dah siap pun. Jenuh mikirkan idea acaner nak letak corak kat baju tau dak. Tapi ibu gigih jugak demi anak. 

Kakak punya nak pakai bulan September nanti. Corak nak buat macam mana dah ada, cuma belum start menjahit lagi hehe. InsyaAllah hujung minggu ni la kita buat ye kakak.

Love,
Ibu

3 comments:

  1. wahhhh rajin ibu... cepat jahit nak tgk hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang rajinnya hehe .... biasa-biasa je hasilnya :)

      Delete
  2. hehehe last thursday lalu depan primary school awal2 pagi. ramai kids melintas jalan with their merdeka outfit. mesti susah payah parents siapkan anak masing2 =)

    ReplyDelete

Apa kata korang?