Thursday, August 23, 2018

# Cerita My Pearls

Cita-cita dia dikala usianya 11 tahun ...



Assalamualaikum! My anak dara sulung ni baru lepas habis trial UPKK. Lepas tu hidupnya sibuk dengan program di sekolah dan kelas tambahan. Tapi itu tak menghalang dia dari mengadap Mobile Legend  yang menjadi kepeningan ibu sekarang ni. 

Nak kata tak bagi dia main, memang ibu tak bagi pun. Yang bagi tu ayahnya, sebab tu dalam handphone ayahnya je yang ada game tu. Dalam handphone ibu ...sorrryyyyy no way! Mujurlah ibu dah tetapkan dari awal lagi yang diaorang hanya boleh ngadap phone hari Sabtu & Ahad je. Itu pun petang Jumaat handphone ayahnya dah terlepas ke tangan dia!


Muka kakak kena 'conteng' sempena perasmian sambutan 
kemerdekaan di sekolah hehe

Walaupun kakak kuat khusyuk mengadap ML, tapi dia tetap dengan hobi membacanya juga. Style kakak ni, cara dia nak release tension adalah dengan membaca komik/novel remaja, melukis dan main game hehe. Sebagai ibu, kita memang encourage diaorang baca buku untuk kasi relakskan minda tu setelah penat menjawab soalan. Dari dia mengadap ML, lebih baik la dia mengadap buku atau melukis kartun. Tapi, nak kena bagi dia kelonggaran juga kadang-kadang, so kita balance la antara dua tu...main game dan membaca. As long as ada buku di sisi is fine by me.

So, sekarang ni kakak dah ada diari sendiri. Dalam tu biasa la dia tulis biodata dia ...macam kita punya masa zaman sekolah duluuuuu. Ada makanan kegemaran, minuman kegemaran, artis kegemaran, hobi etc. Sampai part "cita-cita", mata ibu terbeliak .... 



Doktor di Korea?? Spesifik sangat hokayyyy! haha. Aaminnn yarabbal alamin. Ya Allah ..makbulkan lah doa anakku Nurul Hazwani Binti Razlan untuk jadi seorang doktor di Korea. Tau je lah budak-budak sekarang ni tengah kemaruk dengan artis kPop .. termasuk my anak dara ni huhu. 

Korea pun Korea lah asalkan kakak belajar rajin-rajin dan berjaya dunia dan akhirat. Tapi nak pergi Korea sana kena belajar betul-betul, dapatkan keputusan yang cemerlang, apply scholarship dan pergilah awak duduk dan belajar dan bekerja disana. Nanti dah berjaya dan senang, jangan lupa ibu dan ayah ye ...hmm sebak!

Love,
ibumu

2 comments:

  1. hehehe.. cita-cita yang murni tu.. semoga diberkati

    ReplyDelete
  2. amin.. semoga cita2 menjadi kenyataan..

    ReplyDelete

Apa kata korang?