Monday, August 27, 2018

# Cerita My Pearls # Wanita

Hazwani perlu guna pencuci muka, tapi yang mana satu?


Assalamualaikum! Budak umur 11 tahun zaman dulu dengan budak umur 11 tahun zaman sekarang mana sama. Darjah 5 tahu apa ...tahu main berlari sana sini sampai mak jerit suruh balik. Muka berminyak ke, kusam ke, berjerawat ke peduli hape! Sental je dengan sabun buku tu ha, basuh ngan air ...siap! Itu ibu le tu hehe.

Bila anak sendiri tanya minta bila boleh pakai itu (pencuci muka), ibu macam ...ha? apa dah jadi ngan budak darjah 5 sekarang? haha! Adehhh ... cepat nau kakak membesar ni. Baru darjah 5 kotttt ...! 

Tapi tu la ... kakak dan ibu mana sama. Kita matang pun tak sama. Kakak sekarang berfikir macam orang dewasa padahal sekolah rendah lagi. Ibu masuk tingkatan 1 pun masih kebudak-budakan ....apatah lagi nak memikirkan tentang muka berminyak atau jerawat huhu. Dah masuk tingkatan 3 .... haaaa baru terhegeh-hegeh nak masuk ke dalam dunia kecantikan wanita. Barulah usha mak ngah (kakak ibu) pakai apa hari-hari untuk cuci muka, bagi muka licin putih berseri. 


My baby is a big girl now

Kakak dah lama kenen ngan ibu nak try pencuci muka dari kakak darjah 4 lagi. Walaupun kakak mengadu kulit wajah kakak dah mula berminyak dan kakak rasa tak selesa, ibu 'tahan'kan lagi takmo kakak pakai apa-apa masa tu. Ayah pun larang sebab merasakan masih terlalu awal untuk bagi kakak pakai apa-apa kat muka tu, lebih-lebih lagi yang ada bahan terlarang yang memudaratkan kulit.

Tapi tu la tadi ibu cakap, kita ni tak sama. Keperluan kulit kita juga tak sama. Mungkin sudah sampai masanya kakak kena ada at least ....at least pencuci muka untuk bagi kulit tu selesa dan kurang berminyak. Jangan jadi macam ibu ... lambat bertindak, natijahnya jerawat membiak dengan jayanya di alam remaja hehe.

Kalau ibu ke farmasi Watsons atau Guardian, ibu akan survey juga jenis pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kakak. Sekarang ni pun, ibu guna pencuci muka yang baru je ibu dapat dan ibu kongsikan dengan kakak. Bukan ibu dapat terus bagi kakak guna. Ibu guna dulu 2-3 minggu baru berani bagi kakak cuba. Setakat ni alhamdulillah dia serasi dengan pencuci muka tu. Eh ..bukan produk timbang kilo ye no no no noooooooo. Nantilah ibu sharekan kat sini, kita tengok dulu sebulan dua ni macam mana ok.

Love,
Ibu

1 comment:

  1. terbaek. tapi betul la.. takut kulit x serasi dengan produk..

    ReplyDelete

Apa kata korang?