ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, August 28, 2018

Rendang Raya Haji

  No comments    
categories: 

Assalamualaikum! Macam biasa, raya haji tak jauh pun geraknya. Sehari sebelum raya pun masih bekerja lagi. Balik kerja terus singgah kedai beli daging dan bahan-bahan nak masak rendang. 

Dalam kepala ni ada dua benda je ... rendang daging dan nasi himpit. Apa barang raya takda makanan raya ye tak hehe. So, petang tu 'berperang' la aku kat dapur. Mira tengok cam pelik je ... nape ibu nak susah-susah nak masak rendang tu? Takyah la masak. Dah nama pun raya anakku ...kena la ada lauk sikit atas meja di pagi raya. Kalau kat kampung takda makna la ibu nak masak hehe. 

Dia makan sungguh rupanya rendang daging aku masak hehe. Ingatkan tak suka ...sebab pedas la, ada bawang la blablabla. Ni elok pulak dia bedal sama ngan kakak dan ayahnya. Tapi rendang tu tak pedas pun sebenarnya haha!




Percaya atau tidak, ni kali kedua aku masak rendang daging. Kali pertama ialah kira-kira 10 tahun yang lalu, masa tu duduk kat Kuantan haha! Sebab tak pergi mana-mana aku try masak rendang sendiri la. Walaupun tok laki puji sedap (tak tau la puji tu untuk sedapkan hati kite kot padahal aku makan tak la sesedap mana pun haha) tapi lepas 10 tahun baru aku masak balik hehe.

Gambar raya takda, habis semua bangkit lambat! Video rendang je ada ni ha ...jadi la ye hehe. Lembu kena korban pun terlepas nak pergi tengok. Ingatkan bolehla bawa anak-anak pagi tu ...rupanya semua terbabas sampai ke tengahari! ish ish ish ....




Love,
Hanim

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.