Monday, August 27, 2018

# Anything and Everything # Informasi Dan Tips

Soal Selidik Ibubapa | Kajian Keperluan Perlaksanaan Peperiksaan Bagi Murid Tahap 1



Assalamualaikum! Minggu lepas cikgu kelas Mira ada kongsikan mesej di group WhatsApp kelas Mira tentang kajian soal selidik mengenai perlu ke tidak diadakan peperiksaan untuk murid-murid Tahun 1, 2 & 3. 

Ye la ... peperiksaan ni pun satu isu besar juga dikalangan ibubapa dari dulu lagi. Ada ibubapa yang kesian tengok anak-anak dari darjah 1 dah kena 'tekan' dengan peperiksaan di sekolah. Dari awal lagi, diaorang dah kena study hard untuk dapat markah tinggi untuk setiap subjek. Tu belum kena tekan lagi dengan ibubapa yang berkeras nak anak-anak dapat cemerlang di sekolah setiap kali peperiksaan. Kalau keputusan gagal atau kaler merah, mula la balik kena bebel sebab banyak main di sekolah.



Kajian soal selidik ni untuk ibubapa yang ada anak bersekolah dari Tahun 1 hingga Tahun 3 sahaja ye. Sebab Kementerian berkenaan ingin dapatkan pandangan ibubapa bagi menambah baik sistem pembelajaran sedia ada supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua murid dan memastikan ia tidak membebankan mereka. 

Bagi aku pula secara peribadi, takda masalah pun sebenarnya kalau nak teruskan peperiksaan formal ni. Cuma yang aku minta mansuhkan ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun tu je la. Setahun sekali je amik peperiksaan besar iaitu buat terus peperiksaan akhir tahun. 

Kalau takda peperiksaan langsung macam mana pulak kita nak tahu prestasi akademik diaorang di sekolah. Bagi aku peperiksaan tu masih perlu untuk diaorang cuma mungkin perlu ditukar konsepnya kepada yang lebih baik. Yang tu biarlah orang bijak pandai yang uruskan.




Ingat, dateline isi borang kali selidik ni hanya SEHINGGA 31 OGOS 2018 sahaja. So, korang kalau belum isi boleh la ke link di bawah ni ye. Mohon tolong sharekan info ni pada ibubapa yang lain ya jika mereka tak tahu. Terima kasih.


Untuk IBUBAPA & PENJAGA : bit.ly/formal_ibubapa

Untuk Guru : bit.ly/formal_guru


Love,

Hanim

6 comments:

  1. memang peperiksaan dalam kelas diperlukan, kalau tiada peperiksaan bagaimana kita tahu atau sampai mana anak anak kita belajar dalam sekolah.peperisaan amat penting utk anak anak kita utk meningkatkan prestasi dan pembelajaran.Tapi soalan soalan dalam ujian tu perlu mengikut silibus utk murid murid berikut..kadang kadang saya perasaan soalan dalm ujian tahun 1 serupa dgn tahun 2 atau 3, ini amat kelirukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itulah sebab murid2 hadapi masalah untuk fahamkan soalan dan jawab dengan tepat

      Delete
  2. peperiksaan untuk tahun satu tidaklah sepenting upsr
    cuba kita lihat dari perspektive jepun yang mana tahap satu sampai 3 mereka menekankan pembentukan personality dan disiplin, kerjasama antara pelajar dalam menjalankan tugas, dan hygiene di sekolah
    kalau nak buat peperiksaan pon apalah sangat budak darjah satu, or dua masih hingus belum kering lagi
    better buat activity yang seperti kokurikulum, latihan, anything creative and innovative for them to develop their mind and how they think
    daripada stick dengan cara lama dan pembelajaran sekarang pon bukan macam kite dulu
    bahasa melayu pon tak pernah concrete asyik berubah-ubah
    apa salahnya kite buat new approach to our new generation

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, saya pernah tengok dokumentari pendidikan di Jepun. Mereka lebih menerapkan nilai-nilai murni dan kesihatan di kalangan murid-muridnya. Tanam sayur-sayuran, agihkan makanan untuk kawan-kawan, bersihkan kantin dan lain-lain. Memang berbeza dengan sistem pendidikan kita.

      Delete
  3. Peperiksaan amat penting utk menilaikan anak anak kita belajar Dan bagaimana kefahaman tentang pendidikan dia belajar dalam kelasnya...

    ReplyDelete

Apa kata korang?