Tuesday, September 25, 2018

# Cerita My Pearls

Kemaruk nak berbaju hujan pulak dah!


Assalamualaikum! Macam-macam akal lah anak ibu yang nombor dua ni. Makin naik umur makin kuat dia menyakat ibu. Tapi dengan adik je lah ibu boleh bermanja pun. Adik umur je 9 tahun, tapi perangai kadang-kadang macam budak umur 4 tahun. Suka merajuk, cepat sentap pastu suka menyakat orang. Kita sakat dia, dia marah. Dia sakat kita, kita marah dia merajuk balik haha.

Dengan adik je la ibu dapat merasa ada anak kecik. Kakak dah besar, dah malu kalau ibu cium peluk segala. Adik je yang ibu boleh gigit pipi, cubit cium pipi, main peluk peluk. Kalau sehari ibu tak peluk cium dia, mula la kuar ayat offer, ibu bila nak gigit pipi mira? ibu tak cium mira lagi hari ni kan? hahaha... sayang anak-anak ibu.



Sekarang kan musim hujan, dia pun panjang akal nak beli payung la baju hujan la. Tak boleh nampak ada baju hujan kat kedai, mesti nak dibelinya. Minggu lepas masuk pasaraya, dapat dia cari baju hujan kaler biru ni. Beli pun guna duit dia sendiri hehe.

Kemain suka dia, walaupun kita dah kabo tu baju je, seluarnya takda tau. Takpe asalkan dapat baju hujan katanya. Alahaiiii anakku ...

Balik umah dia cuba pakai, haaa baru cun muat katanya. Ibu suruh la dia posing pakai baju hujan tu haha. Dah banyak-banyak, ibu edit jadikan video.




Ibu awak tengah kemaruk mengedit video sekarang ni. Sebab tu suka amik gambar dan video anak-anak, nanti edit dan simpan sebagai kenang-kenangan. Masa diaorang berdua kecil dulu tak banyak video yang ibu rekod. Kalau ada pun tak sempat nak transfer sebab handphone lama dan dah hilang entah kemana. Jadi, ibu taknak lepaskan peluang tu lagi. 

Love,
Ibu

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?