Tuesday, September 18, 2018

# Cerita My Pearls

Mira diserang pepijat!


Assalamualaikum! Kesian my kenit tu, dia sorang je kena. Kakak dia terselamat walaupun tido atas katil yang sama. Bila dia tanya kenapa Mira je yang kena, kakak tak kena? Menggaru juga ibu nak menjawabnya tapi mungkin kat bahagian tempat dia tidur tu yang ada pepijatnya. 

Sama jugak kesnya dengan ibu. Ibu sorang je kena gigit pepijat, padahal tido sebelah ayah gak. Ehhh tu pun nak story ke?? haha. Selalu dia gigit bawa betis. Bangun pagi tengok tengok dah berbintat merah kat situ. Tapi takda la gelembung air macam Mira kena, cuma bintat merah yang kalau digaru memang 'sedap' tapi hazab nak tunggu kesan merah dia hilang haha!




Tempat selalu kena memang kat kaki la. Cek juga tepi-tepi katil, tepi-tepi pelipat sarung bantal dan selimut diaorang tapi takda kesan-kesan pepijat duduk di situ pun. Nampaknya kena sembur ubat la cenggini. Kesian Mira, sekali dua dia kena ha.

Ibu punya kalau kena gigi pepijat hanya timbul bintat merah je. Tapi pesen Mira ni sampai naik gelembung 'air' tu. Kena tunggu air bisa dia pecah sendiri baru bintat dan gatal dia surut. Selagi tak pecah gelembung tu,s elagi tu la dia menggaru. 

Nyah ko pepijat dari anakku!

Love,
Hanim

1 comment:

  1. Alololo... Sian lah.
    Kena carik itu pepijat, Nim. Nanti dia terus mengganas!

    ReplyDelete

Apa kata korang?