Breaking

Tuesday, September 04, 2018

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)


Assalamualaikum! Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September dah kita ye. Bulan ni juga bakal berlangsungnya peperiksaan UPSR untuk murid-murid Tahun 6 seluruh negara. Pada yang bakal mengambil peperiksaan, acik ucapkan selamat menjawab soalan ye anak-anak. Tenang-tenangkan fikiranmu, banyakkan berdoa dan buat yang terbaik!

Bila dah tamat Tahun 6 nanti, kemanakah anak-anak kita seterusnya? ibubapa dah ada perancangan ke untuk diaorang masuk kemana nanti? Ada yang target nak masuk MRSM, Sekolah Menengah Agama dan sebagainya. Haaa minggu lepas cikgu dalam group WhatsApp ada kongsikan laman website untuk Permohonan Masuk Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Secara Online. Korang ada dapat tak? kalau tak dapat, takpe ...kita kongsikan di sini ya. Nanti boleh share-sharekan dengan yang lain.




Borang Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Ibubapa perlu mengisi borang permohonan secara online yang telah pun dibuka mulai 27hb Ogos sehingga 30 September 2018.

Untuk pendaftaran, ibubapa boleh mula mendaftar di : https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/log_masuk.cfm

Kemudian, permohonan yang berjaya akan disusuli dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang akan diadakan pada 15hb Oktober sehingga 18hb Oktober 2018 di pusat-pusat ujian yang dipilih.

Keputusan penentuan lokasi untuk Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diumumkan pada 5hb Oktober 2018

So, take note ya tarikh-tarikh di atas supaya tak terlepas pandang. Pada yang ingin memohon boleh lah klik link di atas. Untuk maklumat lanjut, ibubapa boleh merujuk pada guru-guru di sekolah atau membaca dahulu Panduan Permohonan.

All the best pada yang memohon. Mana tahu ada rezeki anak-anak kita untuk dapat tempat di sekolah berasrama penuh kan...aaminnnn sama-sama kita diakan ye.

Love,
Hanim

2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.