ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, September 26, 2018

Tegur selagi boleh, cegah sebelum parah!


Assalamualaikum! Tak yah tengok jauh-jauh ...tengok ahli keluarga kita sendiri sudah. Abah kite pun dulu 'galak' nak mencuba produk-produk 'kesihatan' ni. Asal ada yang keluar kat tv, dia pasti akan cuba beli sebotol. Masa dia beli sebotol, dia tak cerita kat kita. Dah berbotol-botol ambil, berbulan-bulan telan baru dia bukak cerita hehe.

Minum jus tu, dia kata serasi. Kemain bercerita betapa tekanan darah dia boleh turun, kencing manis terkawal. Tapi lepas 5-6 botol, pergi cek balik tekanan darah ... apasal makin tinggi?? Haaaa tak berhenti takat situ! Tak serasi jus ni, dia try beli jenama lain pulak. Yang famous tu laaa!





Itu satu botol bukan harga tiga puluh empat puluh tau, tapi seratus lebih wooo! Tapi dah duit dia kan nak kata apo. Bila dia kata serasi kita membebel pun tak guno hehe. Tapi bukan harga yang kita risaukan, yang kita risaukan bila makan satu produk tu tak jalan ... produk ni tak jalan ... produk lain tak jalan jugak, kita pun risau! 

Bukan boleh sembarangan kita pindah produk sesuka hati dan secepat itu. Dah la bercampur dengan ubat hospital. Risau ...!

Tak lama lepas tu, takda dah kita nampak dalam peti ais botol jus yang famous tu. Tanya abah, tak beli dah ke? Dia cakap tak kuasa dah nak membeli. Dah la mahal, kesan pun sekejap je! Beratus duit habis tapi darah tinggi dan kencing manis lagi tinggi ada la. Last-last aku makan je ubat hospital. 







Alhamdulillah lepas diberi kesedaran, barulah abah takda nak membeli dah produk-produk yang famous tu. Sekarang ni makan ubat hospital je. Ada gak abah amalkan minum air mahkota dewa untuk kawal darah tinggi dia, tapi lepas tu stop kejap. 

Apapun sebagai anak, kita sentiasa mendoakan kesihatan yang baik untuk mak dan abah. Kita ni duduk jauh di bandar, bukan selalu boleh balik tengok diaorang di kampung. Jadi kena ambil tahu produk apa diaorang makan dan tegurlah jika ia terbukti memberi mudarat. Di luar botol letak gambar makanan 'sunnah' tapi hakikatnya dalam botol diletak racun! Bayangkan bila dah berbotol-botol masuk dalam badan .... bila dapat tahu, tak ke jiwa kacau? Walaupun bukan semua produk macam ni tapi wajiblah kita ambil tahu dan ambil peduli kan!




Artikel penuh di atas boleh dibaca di >> https://bit.ly/2N2eSdM atau https://bit.ly/2O5ovwU


Love,
Hanim

1 comment:

  1. Saya pun sekarang malas nak bazir duit beli produk kesihatan.. Amalkan pemakanan sihat dan natural food je...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.