Tuesday, October 02, 2018

# Anything and Everything # Tips

Benda nampak kecil tapi impaknya besar!


Assalamualaikum! Ingat tak dulu-dulu zaman kita sekolah rendah, semua murid mesti ada buku catatan kecil. Kemana saja pergi kena bawa. Masuk perhimpunan kena bawa, catit segala arahan yang cikgu beri dalam tu. Kalau ada kerja sekolah yang perlu disiapkan atau barang yang perlu dibawa ke sekolah, catit dalam buku tu juga. 

Tapi budaya tu macam dah tak wujud sekarang. Dah senang, nak senang lagi! Tangan kosong takda pegang buku atau kertas. Jangan kan kata murid-murid, perangai begini boleh pergi sampai ke orang dewasa. Masuk meeting melenggang kangkung! Pergi seminar tangan kosong. Harapkan orang lain bagi kertas dan pen untuk kita catit info. Kalau takda, takdala.

sumber : mstar


Disitulah ruginya kita. Perkara nampak kecil, tapi impaknya besar tau dak. Kalau dari kecil kita amalkan insyaAllah akan jadi habit bila dah besar. Benda yang baik kita ikut betul tak!

Dari mula anak-anak masuk darjah 1, kita dah ajarkan benda ni. Catit segala benda yang perlu tentang sekolah, seperti kerja rumah atau barang yang perlu dibawa. Tapi tu la ...kadang-kadang kelaut juga. Tu yang boleh jadi modal membebel kat diaorang kalau ada kerja rumah yang tak siap atau terlupa untuk disiapkan. 

Sebab tu penting untuk kita ada buku nota kecil, apatah lagi budak-budak sekolah ni banyak yang perlu diingat di sekolah. Kita cukup pantang kalau setiap kali nak kena tanya dalam group WhatsApp kerja sekolah apa yang cikgu beri untuk disiapkan. Naik menyampah pun ada! 

So, kesimpulannya amalan yang baik sekecil mana pun ia pasti akan beri kesan yang baik pada kita dan orang disekeliling kita. Kalau pemimpin boleh buat, kita ni lagilah boleh kan!

Love,
Hanim

3 comments:

  1. betul tu, rindu zaman sekolah renda dulu. kalau sapa yang takdak buku kecil ni dia lah yang pelik, sekarang kalau ada yang buat ni mesti orang tengok dia pelik kan. yelah katanya semua boleh catat di smartphone

    ReplyDelete
  2. haah kan yer tak ye betul jugak..nnt anak2 dah besar sikit nk terapkan tulis n bawa notebook thanks sudi kongsi

    ReplyDelete
  3. Masih kekalkan macam Tun M buat.. Sekarang nak cuba praktik utk anak2 pula..

    ReplyDelete

Apa kata korang?