Thursday, October 04, 2018

# Story Kenit

Rasa macam nak lari dari KL ni!


Assalamualaikum! Berita sedih pagi ni telah viral di media tentang kembalinya ke rahmatullah keenam-enam anggota bomba yang telah lemas ketika misi menyelamat mangsa di sebuah lombong di Puchong. Innalihiwainnailaihirojiun ... salam takziah dan al fatihah buat kesemua mangsa lemas, moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beroleh ganjaran yang tinggi disisi Allah swt.



Berbalik kepada cuaca ... sekarang ni dah masuk intermonsoon bermaksud monsun peralihan. Di kebanyakan kawasan akan mengalami hujan lebat di sebelah petang, termasuklah Selangor dan KL. Dah beberapa hari kami sampai rumah lambat. Lepas azan maghrib baru sampai, kadang-kadang maghrib duk atas jalanraya lagi. Memang hujan dan kesesakan tak dapat dipisahkan di KL ni. Asal hujan je, mesti jem! Tapi mujurlah jem saja ... tempat lain sampai kena banjir kilat!


Inilah salah satu sebab kenapa aku 'lari' ke Kuantan dulu. Tak sanggup aku nak hadap kesesakan sebegtini setiap kali pulang dari kerja. Terkenang sungguh ketika baru sampai di Kuantan dulu. Bahagia hidup walaupun merantau sorang-sorang. Pejabat dan kuarters hanya 5 minit! Naik basikal pun sampai, jalan kaki pun sampai. Tak serabut kepala memikirkan stuck dalam jem atau  banjir kilat. 

Bila memikirkan betapa penatnya kita ni hari-hari 'berperang' dalam kesesakan nak balik ke rumah, tengok anak-anak terlentok tido dalam kereta kepenatan ... memang kami tua dalam kereta saja la kalau lagi 10 tahun macam ni. Rasa macam nak 'lari' balik Kuantan pun ada hehe. Lari lah kemana pun asalkan tempat tu tak sesak macam KL ni! 

Love the rain but hate traffic jam,
Hanim


3 comments:

  1. kena bayak sabar je la kak sis... akak pun sama gak dulu masa duk kl cam tu la tiap hari mengadap jam

    ReplyDelete
  2. jalan lari2 la mek,jatuh kang hehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?