ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, October 16, 2018

Review | Eyeliner Chica Y Chico



Assalamualaikum! Minta ampunnn minta maaf ye kakak adik. Kita baru nak share pasal barangan make-up yang kita tebus dari Althea hari tu. Gunanya dah lama tapi baru hari ni ada masa nak taip story kat blog hehe.

Kita ni sebenarnya suka sangat dengan eyeliner, tapi tak suka guna yang pensel sebab setiap kali nak lukis garisan dia tu, nampak comot! So, masa nak tebus reward point hari tu kita dah target nak cuba liquid brush eyeliner di Althea dan kita jumpa One Killer Eyeliner Chica Y Chico!




Bila tengok tutorial guna eyeliner yang liquid brush ni terus jatuh hati! Tu yang terus cari kat website Althea, dan terus terjumpa eyeliner Chica Y Chico ni. 

Sebelum tu, kita nak confess sesuatu. Kita ni sebenarnya tak reti lukis garisan mata tau haha. Kalau guna pensel eyeliner tu memang banyak kali kena calit ikut garisan mata. Lepas tu comot pulak tu! Tapi bila dapat je One Killer Eyeliner Chica Y Chico ni, terus kita cuba lukis kat mata model kenit tak berbayar ni ... terus menjadi wak!




Yang bestnya guna eyeliner ni, sapuannya halus dan lancar dengan sekali lukis. Kalau dulu guna pensel, kita takut-takut nak lukis kat mata tu takut tercucuk haha, tapi guna eyeliner Chica Y Chico...eh macam pro pulak!


Garisan yang dilukis juga sangat kemas dan straight tanpa pecah-pecah dan tanpa ada kesan comot atau terkeluar garisan. So, kita rasa konfiden nak lukis walaupun baru pertama kali guna. Memang jatuh hati! 

Akhir sekali yang kita suka pasal eyeliner Chica Y Chico ni ialah ia waterproof, oilproof dan timeproof. So kalau kita basah atau berpeluh ia akan kekal cantik di mata kita. Kalau pakai dari pagi ia akan bertahan sehingga ke petang, tak macam pensel eyeliner yang saya gunakan sebelum ni. Lagi satu, ia senang nak cuci. Just guna makeup remover atau pencuci muka untuk tanggalkan. 






So hari tu kita try lukis #cateye kat model kecil kita ni. Memang hasilnya cantik dan menjadikan mata lebih menarik dan besar. So, memang perfect untuk mereka yang inginkan mata yang bundar dan menyerlah.

Memang tak menyesal kita tebus reward point untuk eyeliner Chica Y Chico ni di Althea. Kalau korang nak beli pun boleh, murah je hanya RM23. Korang boleh dapatkan One Kill Eyeliner Chica Y Chico secara online di Althea dan insyaAllah memang puas hati!

Love,
Hanim

1 comment:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.