ruangiklan
ruangiklan

Friday, November 16, 2018

Hari Anugerah Cemerlang | Sekolah Rendah


Assalamualaikum! Alhamdulillah tahun ni anak-anak ibu masih berkesempatan naik atas pentas terima anugerah. Ibu bangga bukan kerana semata-mata anak-anak ibu cemerlang di sekolah. Tapi ibu bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana kurniakan nikmat ini pada anak-anak ibu dan ibu hanya tumpang gembira dengan kejayaan mereka.

Semalam adalah hari besar bagi anak-anak ibu. Tiada kata-kata yang lebih indah dapat ibu berikan melainkan ucapan tahniah dan syukur kerana dengan izinNya, kakak adik cemerlang lagi tahun ini.





I know I'm a little bit 'old' fashion kind of parent. Ibu akan push anak-anak untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sebab ibu tak pernah cemerlang dalam bidang tu bila di sekolah rendah dulu. Tapi ini bukan tentang ibu betul tak. This is about you my both precious pearls.

Dan untuk melihat anak-anak ibu naik atas pentas menerima anugerah di atas usaha sendiri serta doa ibu dan ayah adalah satu momen yang ibu pasti akan rindukan disatu hari nanti.

My 1st precious pearl

Hey pearl, kakak adalah permata ibu yang pertama. Dari kakak darjah 1, kakak adalah seorang anak yang bijak. Kakak banyak mengejutkan ibu dalam banyak perkara terutama dalam aspek akademik. Walaupun kakak banyak kena marah ngan ibu time buat homework tapi kakak berjaya buktikan kakak boleh buat.
My 2nd precious pearl


Dengan my kenit ni, hati dia jenis hati 'tisu' sikit hehe. Kalau ibu marah time buat homework, mata tu dah 'berkaca-kaca' dah tu. Tapi time tu je la ibu garang, lepas tu ibu pujuk balik anak ibu. Banyak mulut, banyak ragam, panjang akal juga sorang ni. Tapi adik juga pandai amik hati ibu balik.





Tahniah kakak untuk best subject dalam BM Penulisan dan adik best subject dalam Pend. Jawi. Kakak dapat no.7 dalam kelas dan adik no.12 untuk Peperiksaan Akhir Tahun. Ibu berdoa agar ibu diberikan kesihatan yang baik dan kesempatan untuk menumpang nikmat kejayaan anak-anak ibu. InsyaAllah, ibu akan sentiasa berada disisi kamu ketika kamu meraikan kejayaan.

Tahniah anak-anak ibu!

Sekolah rendah dah setel, kita tunggu hari anugerah untuk sekolah agama pula ye.

Love,
Ibu

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.