ruangiklan
ruangiklan

Thursday, November 01, 2018

Tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahun 1,2 & 3 mulai 2019!


Assalamualaikum! Ingat lagi tak kita ada share entri makluman untuk ibubapa tentang soal selidik ibubapa 2 bulan lepas? Haa jangan cakap kita tak share ye. 


Kelmarin, kementerian telah pun membuat keputusan semalam bahawa mulai tahun 2019 tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahun 1,2 dan 3. Waahhh mesti ramai ibubapa yang lega dengan pengumuman ini kan? Atau ada yang menentang?



Pengumuman ini dibacakan oleh menteri pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik ketika membuat Pergulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada 30hb Oktober 2018. 

Ketiga, pentaksiran akan berubah, iaitu KPM akan menggantikan peperiksaan untuk murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dengan pentaksiran alternatif yang lebih objektif dan melihat kepada perkembangan pembelajaran murid. Perkara ini, seiring dengan hasrat menggantikan budaya peperiksaan dan mentaliti ‘exam-oriented’ di sekolah kepada pentaksiran yang ‘learning-centered’. - YB Dr. Maszlee Malik (Kementerian Pendidikan Malaysia)

TEKS PENUH - SINI



Kalau ikutkan dari pengalaman dan pemerhatian terhadap suasana pembelajaran anak-anak di Tahap 1 memang ramai ibubapa yang anak-anak di Tahap 1 yang menyokong sekiranya peperiksaan dan ujian dimansuhkan. Sebab itu, kerajaan menyediakan saluran melalui kajian soal selidik kepada ibubapa bagi mendapatkan pandangan tentang perkara ini.

Namun, peperiksaan akan digantikan dengan pentaksiran alternatif sebagai membudayakan 'learning-centered' dikalangan murid-murid sekolah terutama di Tahap 1.

So, kepada ibubapa yang ada anak di Tahap 1 moga dengan pengumuman ini dapat memberi manfaat yang baik kepada anak-anak. Apapun kita nantikan bagaimanakan bentuknya modul pentaksiran yang baru ini ok.

P/S : Mira dah darjah 4 tahun depan, so memang tak boleh lari dari exam ye haha

Love,

Hanim

2 comments:

  1. semalam masa dengar berita ni terfikir jap haha pastu lupa belum ada anak hehehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.