ruangiklan
ruangiklan

Friday, December 07, 2018

Mengenang kembali tempat mencari rezeki


Assalamualaikum! Ya Allah...rindunya pada tempat ni! Tempat kami sekeluarga mencari sesuap nasi sebuku roti secawan teh setiap hari Ahad. Cabaran meniaga carboot suatu masa dulu kini tinggal kenangan. Walaupun dah lama tak join kawan-kawan lain di tapak cbs Kota Damansara ni tapi kerinduan tu masih ada.

Cabaran tu tetap ada, tapi kami teruskan juga sebab minat dan niat nak cari rezeki halal. Seronok jangan cakapla, barang laku sikit pun kita dah rasa lega sangat. Memula dulu meniaga sebab nak let-go barang sendiri je, tapi lama-lama rasa seronok tu datang, mula la 'ketagih' nak masuk tapak setiap minggu menyebabkan kami gigih cari barang untuk terus buka tapak kat sini.





Dekat 2-3 tahun juga kami bertahan disini. Cik abg awal lagi dah join dengan kawan dia. Kemudian baru kami menyusul hehe. Sampai dah kenal ramai kawan-kawan meniaga yang lain. Kebanyakan datang dari jauh, seawal jam 2 pagi dah sampai kat tapak cbs. Kami dulu pukul 2 pagi dah gerak dari rumah, sampai terus parking dan tido dalam kereta. Kul 6 pagi dah keluarkan barang, bentang meja atau plastik besar sebelum nak susun barang. Aduhhh terkenang sungguh!

Bila dah lama tak menjenguk 'kawasan', hanya mampu tengok gambar kat fb je mulala rasa nak datang sini. Tu yang minggu lepas kami datang melawat tengok-tengok barang dan kemeriahan suasana carbootsale. Cuaca pula cun melecun, tak panas tak hujan memang ramai la orang datang berkunjung membeli barang yang berkenan dihati.






Sempat juga kami bertemu kawan-kawan yang masih meniaga di tapak cbs ni. Alhamdulillah diaorang ingat lagi kat kami Tak kurang juga yang bertanya kenapa dah lama kami tak join carboot sini. Adoiii ... rasa sedih pun ada ni hehe.

Harga tapak masih RM20/satu. Peniaga pula banyak yang jual baju. Macam-macam jenis baju, kasut ada kat sini. Saiz dewasa, saiz kanak-kanak pun ada. Cadar tilam, selimut, kasut sekolah, segala jenis beg pun korang boleh jumpa kat sini. 




Tak nak join carboot balik ke Nim? Tipulah kalau kata tak nak. Susah macam mana pun, penat macam mana pun dulu, memang inilah tempat yang kami kami nak pergi setiap minggu. 

Tapi buat masa ni, ada benda lain yang perlu diutamakan dulu. Kakak pun tahun depan bakal amik UPSR. Maka, tumpuan akan lebih pada dia la. Selamat maju jaya kepada peniaga-peniaga carboot seluruh negara. Yang penting walaupun kita meniaga kecil-kecilan, kita kena jujur dan kena bersabar dengan kerenah pelanggan. Moga korang dimurahkan rezeki selalu.

Love,
Hanim

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.