ruangiklan
ruangiklan

Friday, January 12, 2018

Jom jadi RakanMet!


Assalamualaikum!


Sudah dua hari hujan berturut-turut di KL. Di kebanyakan negeri dan kawasan juga mengalami keadaan yang sama. Bila cuaca signifikan atau ekstrem melanda, barulah kita sedar betapa pentingnya untuk mengetahui info tentang cuaca semasa betul tak!

Untuk makluman kawan-kawanku yang dikasihi sekelian, kini kita boleh mendaftar sebagai RakanMET sebagai satu saluran perkongsian maklumat mengenai perkembangan cuaca di Malaysia dan sebagai medium untuk melapor keadaan cuaca kepada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.


Wednesday, January 10, 2018

Pekeliling : Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Untuk Pegawai Wanita Mengandung


Assalamualaikum!


Tahun 2018 adalah tahun bertuah bagi penjawat awam wanita terutama pegawai wanita yang mengandung, kerana kerajaan telah mengeluarkan satu pekeliling berkenaan dengan perlaksanaan kebenaran pulang awal satu jam yang telah pun berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

Pelaksanaan pekeliling ini bukan sahaja memberikan kemudahan pulang awal kepada pegawai wanita yang mengandung, tetapi turut diberikan juga kepada suami tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan dalam pekeliling.

Inisiatif kebenaran pulang awal satu jam ini adalah demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita serta membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan.



Tuesday, January 09, 2018

Demi keselesaan ayam ...

  2 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


Setelah berbulan-bulan menunggu akhirnya impian mak untuk mencantikkan reban ayamnya tercapai. Ingat nak repair balik reban ayam ni senang ke? Makan duit satu hal, kena 'kencing' ngan orang satu hal lagi! Tapi syukur alhamdulillah semuanya dah setel.

Nak mencari orang yang pandai bertukang di kampung tak susah, cuma nak cari yang sanggup buat reban ayam tu yang payah. Bukan setakat pandai mengetuk kayu, dia juga kena tahu mengukur dan bagi idea macam mana nak bagi reban tu nampak praktikal dan kemas. Perghhh ...praktikal terus hahaha! Mujurlah orang yang tolong buat ni reti buat tu semua. Ahamdulillah, hasil kerja tangan orang tu memang kemas dan memuaskan.

ketika dalam proses pembaikan

Monday, January 08, 2018

Kedai Jual Koleksi Diecast Hotwheels, Greenlight, Nascar dan banyak lagi di PJ


Assalamualaikum!

Sepertimana orang perempuan suka kumpul barang macam barang kemas, barang Tupperware, set pinggan mangkuk dan macam-macam lagi, orang lelaki pun ada hobi mengumpul juga. Suami korang ada yang suka kumpul kereta mini macam ni tak? Kalau ada, meh aku nak share port baik punya untuk korang dapatkan koleksi diecast yang menarik!

Hari tu aku dah kongsikan lokasi TT Jam yang aktif untuk pengumpul-pengumpul diecast tegar. Disanalah sellers dan collectors berkumpul dan memperlihatkan koleksi kereta masing-masing dari pelbagai jenama seperti Hotwheels, Greenlight, Nascar dan banyak lagi. Bagi yang baru berjinak-jinak nak kumpul diecast atau sedang mencari kedai yang jual dengan harga yang terbaik, aku rekomen korang untuk usha koleksi di Toys R' Yours, Kompleks C Petaling Jaya ni.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.