ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, February 06, 2018

Cara Bayar Bil SYABAS Guna JomPAY


Assalamualaikum!


Jenuh mikir macam mana nak bayar bil air SYABAS secara online, akhirnya daku temui jawapannya hahaha. Amboiiii bunyi macamlah dia orang pertama di dunia yang tahu ye, tapi aku nak share jugakla kot-kot mana tau ada yang macam aku spesis ketinggalan zaman sikit hehehe.

Ok, dalam bil SYABAS yang terkini dah dimaklumkan yang bermula 1 Januari 2018, pembayaran bil air perlu dibuat dengan menggunakan aplikasi JomPAY sahaja. Maksudnya, kita tak boleh bayar macam kita biasa bayar bil elektrik dan bil-bil lain secara online seperti sebelum ni.  Setahu aku bil SYABAS je lah yang kena guna JomPAY ni, tak pasti pulak kalau bil utiliti lain pun kena. Tapi setakat ni untuk bil-bil lain tu aku bayar direct terus macam biasa sebab penama masih ada dalam senarai utama.



Monday, February 05, 2018

Bil SYABAS Yang Baru Bermula 1 Januari 2018 Tak Boleh Bayar Terus Dari Akaun Macam Dulu Lagi!


Assalamualaikum!


Patutlah dari bulan lepas aku dok mencari nama 'SYABAS' dalam senarai yang biasa aku gunakan untuk bayar bil utiliti di Maybank2u. Rupa-rupanya bil SYABAS dah tak boleh bayar direct terus dari akaun macam sebelum ni. Jenuh aku bertanya kawan pasal ni, tapi diaorang pun tak tahu. Kalau nak bayar juga bolehlah gi beratur di pejabat pos atau bank. Aduhh ... ni tahun 2018 la semua dihujung jari beb, nak beratur apenye lagi hehe.




So kelmarin, bil air pun sampai dan kali ni tersimpan kemas dalam sampul bukan seperti sebelum ni bil hanya diselit di celah pagar pintu. Terkejut sikit jugak bila cik abg kata tu bil air. Aikk ... dah tak macam bil api dah ke? Siap bersampul bagai, pastu paparan bil pun dah lain guna cetakan atas kertas A4.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.