ruangiklan
ruangiklan

Friday, March 02, 2018

Ketahui 6 Sebab Diharuskan Mengumpat


Assalamualaikum!


Dua kontroversi besar yang sedang melanda masyarakat kita hari ini masih lagi hangat diperkatakan di media-media sosial. Kedua-dua isu ini ada kaitan dengan artis tempatan, maka dah tentu mereka tidak terlepas dari perbualan masyarakat tentang setiap perkara yang melibatkan mereka. 

Ok, tentang isu mereka aku takmo komen apa-apa. Cukup komen dalam hati dan simpan sendiri. Nak zahirkan di media sosial secara terang-terangan, aku rasa mufti-mufti, ustaz-ustaz dah buat. Jadi tak perlulah aku nak ulas lagi kan. 

Dalam kita bercakap tentang perilaku dan kesalahan yang dilakukan orang lain, dalam tak sedar kebarangkalian untuk terjerumus dalam dunia mengumpat itu amat tinggi. Tak cakap ... salah sebab kita tidak menegur kemungkaran itu. Kalau cakap .... pun salah sebab kita memperkatakan tentang keburukan orang lain. Dah tu, nak cakap ke tak?? 

Monday, February 26, 2018

Projek D.I.Y meja belajar

  4 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Perancangan nak buatnya dah lama, memandangkan saiz lengan anak-anak dara aku ni dah membesar sampai tak muat meja, maka meja belajar yang baru perlu diadakan jugak. Meja lama tu sebenarnya adalah meja belajar aku zaman sekolah dulu. Situlah letaknya komputer kanta cembung dan CPU besar gedabak abah beli untuk aku belajar. Tapi aku bantai gi layan Yahoo Messenger la ... Hotmail Messenger la ...irc chat la 😂 Dassssar melencong banyak ini orang ha!

Tapi meja belajar aku tu banyak jasanya, dan masih kukuh hingga ke hari ini. Cuma saiznya tak sesuai untuk muat dua orang budak la. Sebelum ni, sorang duduk kat meja sorang lagi duduk bersila dibawah buat homework. Kalau dua-dua duduk kat meja lama tu, confirm bertekak sebab masing-masing bukak 'kepak' besar-besar, dah tu kakak selalu marah adik sebab rambut adik mengerbang kena muka kakak, kacau kakak punya konsentrasi nak menulis hahahaha!

Tu pasal la bila opis buat pelupusan harta awal tahun aritu, aku tak fikir banyak dah ... terus amik meja lama-lama yang masih elok untuk D.I.Y sendiri jadi meja belajar dua beradik tu. Project managernya dah tentulah ayah kesayangan diaorang yang memang pandai bertukang. Setengah hari dah siap!

Tadaaa! tempat mereka berjuang setiap malam

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.