Breaking

Wednesday, January 09, 2019

10 Jenis Perangai Ibubapa Dalam Group WhatsApp Yang Korang Kena Tahu!


Assalamualaikum!

Persekolahan dah bermula, mesti guru-guru tengah sibuk uruskan banyak benda berkaitan pelajar.
Dan sudah pasti banyak benda perlu sentiasa dimaklumkan pada ibubapa secepat mungkin untuk tindakan pantas bagi memudahkan urusan sekolah.
Untuk tujuan itulah, ramai guru mengambil insiatif mewujudkan group WhatsApp untuk ibubapa. 
Apa saja info berkaitan sekolah dan pelajar akan terus disalurkan dalam group sebagai makluman awal kepada ibubapa.
Selain ia memudahkan guru untuk mendapat respon pantas dari ibubapa berkenaan apa-apa isu di sekolah.

Itu antara TUJUAN penubuhan group WhatsApp sekolah.
Tapi penubuhan ini ada pro dan con dia.
Walaupun benda ni nampak 'kecil' tapi kesan dia boleh buat kita meroyan juga tau haha.
Aku pasti ibubapa lain pun ada rungutan kecil pasal benda ni.

Kadang-kadang naik fed-up pun ada.
Tapi sebab guru yang buat group WhatsApp ni, maka tak nampak apa-apa masalah disitu.
Tapi masalah akan timbul bila dalam ramai-ramai tu, ada sorang dua yang boleh bikin kita rimas dan terus left group!




10 Jenis Perangai Ibubapa Dalam Group WhatsApp Yang Korang Kena Tahu!

1. Biasa-biasa je - Takda isu. Parents ni jenis profesional dan hanya respon bila cikgu bertanya. Kalau parents lain tanya dan cikgu tak dapat jawab pada masa tu, dia jugala yang tolong jawabkan. Kalau ditanya soalan pun dia la yang paling ringan dan laju menjawab.

2. Dimana ada group, disitu ada bisnes - suka spam gambar produk di group. Bukan semua orang dalam group suka macam tu ye. Silap haribulan kena sound setepek time tu jugak. Group tu bukan untuk berbisnes tapi untuk memudahkan cikgu. Kalau dah spam banyak gambar, tak ke ia akan menyusahkan parents lain untuk skrol balik dari atas??





3. Blur - Kalau anak baru masuk darjah satu, mungkin boleh diterima la kot. Tapi kalau dah darjah 5 masih tak faham-faham juga arahan cikgu ... acaner? Cikgu dah bagi surat pemberitahuan. Dia boleh tanya balik semula kat group apa yang tertulis dalam surat tu. Arrghhh .... tolong la parents, cikgu tu bukan taip dalam bahasa Arab!

4. Pengacau Rumah Tangga Di Waktu Malam - Memang pantang kalau kacau cikgu di malam hari atau selepas waktu sekolah. Dah lepas pukul 10 malam pun ada lagi yang tanya macam-macam dalam group. Paling sedih, esok nak sekolah malam tu baru tanya barang apa nak kena bawa, baju apa nak kena pakai esoknya. Allahu...mengucap panjang je yang termampu. Tolonglah jangan kacau cikgu terutama ketika diaorang bersama family. Ni kalau sekadar nak tanya, "esok Pend. Seni kena bawa apa lagi ye cikgu?" memang terukla tahap kesedaran sivik ko. Tinggal lagi cikgu tu tak boleh nak biadap dengan parents. Tapi kita parents lain yang ada dalam group tu 'berbulu' juga.

5. Ada Tapi Takda - Dia ada dalam group tapi tak pernahhhhh taip satu huruf pun. Adaaaaaa orang macam ni hehe. Bunyi apa pun tak keluar, ekk tidak ukk pun tidak.

6. Peminta - Dari awal tahun cikgu beri jadual waktu, sampai nak dekat bulan 6 pun dia masih minta lagi! Alasan, anak hilangkan .....??what the heck....haha. 

7. Pemberi Motivasi - Bagi aku takda masalah sebab dia spam satu gambar je setiap hari. Tapi rajin betulla parents yang macam ni, memang konsisten setiap hari dia share kata-kata motivasi kat group. Tu pun ada yang left group lepas tu!

8. Malas skrol - Jenuh la cikgu tu menaip info itu ini. Tup tup parent masuk tanya soalan yang jawapannya cikgu dah beri. Potong je la jari tu kan senang!

9. Pentahyul Bersiri - Golongan ni suka share benda-benda tahyul kat dalam group. Contoh, "kiamat akan datang pada 2012, sila share pada 10 orang kalau nak selamat dari kiamat", haaa pernah dapat tak yang serupa macam tu? Kita kena faham, benda-benda tahyul macam ni tak patut ada dalam mana-mana group WhatsApp pun. Annoying giler bila dapat mesej macam ni tau dak. Malu la sikit!

10. Tertinggal 'keretapi' - Jenis lambat respon. Kalau satu hari lambat takpe, ni kadang sampai berhari-hari lambatnya. Dah isi nama pastu dia tanya,"ni untuk apa ye?" Ko rasaaaa????

Ini berdasarkan dari pengalaman aku sendiri ye.
Group ibubapa lain.
Group kelas lain. 
Group bola jaring lain. 
Group pengawas lain....haha.
Banyak group, lagi pening kita dibuatnya.
Mungkin sebab tu ada parents yang left group dan hanya stay dalam group kelas je.

So bagi ibubapa yang anak baru masuk darjah satu, bertabahlah jika berdepan dengan situasi macam ni. Bagi yang dah memang ada dalam group WhatsApp, apa yang korang akan buat kalau berdepan dengan situasi macam ni? atau korang yang mana satu ye? hehe.


#makduaanak,

Hanim

4 comments:

  1. jenis jenis ni bukan group.ibubapa je, semua group kat ws ada 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  2. ahahaha ok lawak2 juga yee. tapi memang wujud pun spesis parents cemni hahaha..

    ReplyDelete
  3. aida no 5 kot.
    tiada suara dlm grup.
    baca je.
    pe pe, wasap cikgu personally.
    mostly arahan yg cikgu beri dlm grup, jelas. itu yg tiada suara :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.