Powered by Blogger.

Thursday, January 24, 2019

Awak ingat saya ada masa untuk pening kepala?


Assalamualaikum!

Bila aku cakap aku dah lain dari dulu.
Bila aku cakap aku dah tak kurus macam dulu.
Bila aku cakap baju kurung aku dah tak muat.
Kengkawan semua tak percaya!

Tapi semalam telah membuktikan ramalanku selama ini benar.
Masa nak tunggu anak-anak habis sekolah.

Aku terserempak dengan kawan meniaga.

Borak punya borak.
Dia tegur, "nampak berisi sikit dah Nim"

Aku sengih je la.
Dah memang betul pun haha.

Eh, bukankah itu yang aku mahukan selama ini?
Walaupun dulu aku pasang cita-cita.
Cita-cita nak naikkan sikit berat badan.
Dan bila akhirnya tercapai, rasa menyesal pulak haha!
Walaupun aku sedar dan perasan diri ini dah semakin memberat.
Tapi sebab aku ni tinggi sikit je.
Maka, ke-berisi-an itu tak nampak sangat.
Tapi percayalah, ia makin hampir huhu.

Takpelah.
Nanti kita eksais ye hehehehe.
Anak-anak pun dah bising.
Ibu dah malas nak bersenam.
Kita pun dah jarang pergi taman.
Heyyyy ibu bukan malas.
Tapi Isnin sampai Jumaat kita 'bersenam' juga kan.
Dari pagi sampai malam tak habis-habis bergerak sana sini.
Kira bersenam la tu :p



Ok, stop pasal bersenam.
Kita citer pasal makan haha!
Tadi aku singgah kantin sekolah anak.
Tengok ada lain ikan pari asam pedas.
Wow! mantop ni makan ngan nasi panas-panas.
Ada bergedil dan telur mata pulak tu.

Lalu aku minta kakak kantin tu bungkuskan.
Belum sempat aku sebut 'ikan pari'.
Dia sebut 'ayam'!
Ayam masak asam pedas rupanyaaaaaaaaaa hahahaha!
Rabun punya pasal la ni.
Adoiiiii!
Macam rupa ikan pari weh dalam tray tu!

Aku dah la tak pernah makan ayam masak asam pedas ni.
Tekak tokleh gi!
Tapi kakak tu dah cedok masuk dalam plastik.
Aku pasrah je la bayar haha.

Sampai opis, aku panaskan nasi.
Hurmm...ku tenung ayam masak asam pedas tu.
Boleh ke tekak aku terima ni?
Dah la tak pernah makan.
Kalau ikan boleh terima lagi.
Haihh.... awak ingat saya ada masa untuk pening kepala?
Dari termenung baik aku makan.
Perut pun dah lapar!

Kesimpulannya....
I cannot gi AYAM MASAK ASAM PEDAS!

Apapun syukur alhamdulillah,

Hanim

4 comments:

  1. Sama dgn CH, hanim, tak boleh masuk ayam masak Adam pedas.. kalau daging tetel boleh lagi lah..

    Ok lah berisi sikit nim..
    Hanim tinggi npk sweet tapi Tu lah..baju pulok dah sendat 😍🤭

    ReplyDelete
  2. h aha ha ha sabo jer la.
    aida selalu masak ayam masak pedas. feveret.
    tak biasa ekk, Nim? bistu, makan abis tak? ha ha ha ha...
    start ari ni dan sepanjang februari, aida niat nak puasa.
    at first nak buat IF. better puasa qada' & puasa sunat jer lah kan.
    then, badan da ringan, nak bersenam balik.

    ReplyDelete
  3. Adoi.. eksesais nie yang lemah.. huhuhu..
    Ayam masak asam pedas.. sha suka..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.