ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, January 08, 2019

Singkirkan 'Whitehead' dan 'Blackhead' Dengan Sebum Out Peel Off Mask


Assalamualaikum!

Selain jerawat dan parut jerawat yang merosakkan kulit wajah.
Whitehead dan blackhead juga menghantui kita semua.
Siapa takda whitehead atau blackhead?
Tipu la kalau kata takda.

Pelbagai faktor menjadi penyumbang kepada terjadinya whitehead.
Antaranya, disebabkan hormon tidak seimbang.
Pemakanan.
Penggunaan alat solek yang tidak sesuai.
Pengeluaran sebum berlebihan.




Bagaimana Whitehead Terbentuk?

Ok, secara ringkasnya whitehead dan blackhead terbentuk apabila liang pori kulit tersumbat dengan minyak dan sel kulit yang mati bersama bakteria, ketiga-tiganya akan mengeras. Maka, terhasillah whitehead dan blackhead.

Dimana Whitehead dan Blackhead Banyak Terhasil?

Paling banyak didapati di zon T, iaitu di hidung dan dagu atau bawah mulut.

Cara Nak Buang Whitehead

Geram rasa bila tengok whitehead bermaharajalela di hidung.
Rasa nak cungkil keluar dengan kuku.
Sebelum ni pun, saya hanya picit keluar menggunakan tangan.
Tau ... memang tak berapa disyorkan.
Sebab kuman dan bakteria di kuku hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Lepas tu saya guna cara lain.
Berus hidung dengan berus gigi hehe.
Tapi tak konsisten sebab tak nampak hasilnya.

Sekarang, saya cuba Sebum Out dari Althea!
Nak tengok berkesan ke tidak?
Saya gunakannya untuk kawasan zon T saya.
Memang bermasalah dua kawasan ni huhu.




Ini adalah kali pertama saya menggunakan Sebum Out Peel Off Mask.
Sebum Out ni saya dapat sempena Brithday saya bulan November lepas.
Tengok pada description dan review pengguna sangat menakjubkan.

Kulit wajah berminyak memang perlukan penjagaan yang lebih.
Apatah lagi kalau kulit kita mudah terdedah dengan pencemaran.
Sebab itu saya suka manjakan kulit saya dengan mask wajah dihujung minggu.
Walaupun makeup saya tak 'berat' tapi whitehead tetap ada.




Teksturnya pekat dan seperti scrub.
Saya suka sapuan yang tebal supaya mudah untuk tarik bila dah kering.
Sebum Out ni sesuai untuk semua jenis kulit.
Tiada iritasi dan tak perlu dicuci selepas digunakan.
Hanya apply toner untuk tampak lebih segar.

Sebum Out ada cooling sensation bila disapu pada kulit wajah.
Rasa sejuk je muka sementara tunggu ia mengering.
Tak perlu tunggu lama pun.
Hanya 20-30 minit dah boleh tarik keluar.
Dan hasilnya ...... walahhhh!


Dagu

Hidung


Puas hati bila tengok begitu banyak whitehead yang ditarik keluar.
Boleh nampak dengan mata kasar!
Sebab itu saya suka sapu tebal dari biasa untuk dapat hasil yang terbaik.
Kulit pun jadi lembut selepas tu.

Puas hati!
Kat mana nak dapatkan Sebum Out Peel Off Mask ni?
Korang boleh terjah di SINI untuk maklumat lanjut.


#AltheaAngels,

Hanim

1 comment:

  1. memang kadang2 tangan gatai nak picit2. tau2 nanti ada dark spot je sebab kesan picit. stress hehe.. menarik jugak sbb dia jenis gel..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.