Powered by Blogger.

Monday, January 28, 2019

Vakum beli di Shopee dah sampai!


Assalamualaikum!

Barang yang dinantikan telah tiba.
Demi kesenangan kerjaku di rumah.
Fikir punya fikir, akhirnya aku beli jua vakum ni.

Inilah kali pertama aku beli barangan elektrik secara online.
Sebelum ni agak bimbang juga, bimbang ditipu.
Walaupun harganya tak sampai beratus-ratus tapi kena berhati-hati juga.
Tapi alhamdulillah, terbuka hati nak membelinya.

Macam-macam jenis, macam-macam jenama ada.
Kena pandai pilih spek, survey harga dan lihat testimoni pengguna.
Tengok punya tengok, akhirnya aku pilih yang ini!



Penghantaran pantas!
Semalam order, harini sampai.
Aku order dua barangan elektrik.
Satu lagi adalah periuk elektrik.
Sebab yang lama dah rosak.
Jenuh juga masak nasi guna gas ni hehe.
Akhirnya, aku buat keputusan untuk beli periuk baru.





Vakum kecil untuk rumah kecil kami.
Buka je kotak, 'melompat' my kenit Mira nak mencubanya.
Pasangnya pun senang.
Budak pun boleh buat hehe.

My kenit Mira yang guna dulu.
Habis satu rumah dia vakum!
Tak cukup lantai, dia vakum sofa pulak.
Lega hati ibu anak-anak suka 'toy' baru ni hehe.





Kakak pun teruja nak guna vakum.
Dia pulak ambil alih vakum sawang yang bermaharajalela di penjuru-penjuru siling.
Wayar pun agak panjang.
Tak perlu disuruh, diaorang offer nak bersihkan.
Kalau guna penyapu takda sapa nak buat.
Sebab habuk dan hama berterbangan.
Dari tak selsema boleh dapat selsema!

Berbaloi ke beli vakum ni?
Syukur sangat aku buat keputusan yang bijak hehe.
Rumah kena ada vakum la.
Walaupun kecil tapi ia sangat membantu.




Puas hati tengok kotoran dan habuk yang terperangkap ni.
Worth my money and my time!

Love,

Ibu

3 comments:

  1. Wah.. bagus nie.. Kecik senang nak digunakan..

    ReplyDelete
  2. adui...kat rumah tu vacuum robot jenis hat lama..memang malas nak bukak tau..Tengok hanim beli ni ,i pun macam nak beli..ok jap nak survey harga

    ReplyDelete
  3. aida lom pernah beli electrical item online, Nim.
    kurang percaya.
    tapi, ni tgk review Hanim ni, mcm terpikat.
    rumah aida memang ada vakum, tapi style lama la.
    bukan berdiri gini.
    sejak kawin, satu benda wajib ada is vakum tau.
    tak pernah takde lah.
    pernah rosak, after 2-3 hari da beli baru.
    keluarga semput, Nim. habuk terlebih karang, sesang napas!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.