Breaking

Monday, January 07, 2019

Yuran PIBG Memang Tak Wajib, Tapi ...


Assalamualaikum!

Baru masuk minggu kedua 2019.
Tapi macam-macam isu yang viral sekarang ni.
Antaranya, isu yuran PIBG tidak wujud!
Memang kena la pada tempat dan masanya.

Kalau 20 tahun dulu, mungkin takda isu.
Tapi zaman semua 'dihujung jari' ni, yang takda isu pun boleh dijadikan isu.
Kalau tak silap (kalau silap betulkan ye), permulaan isu ini bermula bila timbul istilah 'yuran' dan 'sumbangan'.
Kalau yuran, dah tentu kena bayar setiap tahun kan.
Tapi bila ada pihak yang mempersoalkan ianya bukan yuran tapi sumbangan, maka disinilah bermulanya pertikaian samada wajib ke tidak ibubapa untuk beri sumbangan untuk PIBG sekolah.

Dia macam ni lah.
Kita kena faham dulu apa itu sumbangan PIBG.
Sebagai ibubapa, kita kena ambil tahu.
Bukan bila part nak bayar mulut kita bising.
Tapi tak ambil tahu untuk apa kita bayar.




Sumbangan PIBG memang tak wajib ibubapa bayar.
Malah, untuk murid-murid dari keluarga miskin dikecualikan dari membayarnya.
Tapi bagi yang mampu, ia sepatutnya tak menjadi masalah.
Sebab sumbangan RM50 itu besar maknanya demi kelancaran program-program di sekolah.
Sukan Tahunan, Hari Anugerah Cemerlang, Celik UPSR ... bukankah itu semua datang dari dana PIBG sekolah?
Dalam RM50 yang kita bayar setahun sekali tu la, pihak sekolah terpaksa gunakan dengan cermat.
Walaupun PIBG juga perlu mencari dana lain untuk sekolah, tapi takkan ibubapa nak 'lepas tangan' macam tu je?

Kita memang boleh memilih untuk tidak membayar.
Tapi fikirlah, tak malu ke kita tak menyumbang satu sen pun pada sekolah tapi anak-anak kita guna kemudahan dari duit sumbangan PIBG ibubapa lain?
Bukan semua sekolah dapat peruntukan juta-juta dari kementerian.
Kalau diaorang dapat tukar pintu yang berlubang, tingkap cermin pecah, meja uzur, kerusi patah pun dah seribu rahmat rasa.
Tapi percayalah, semua tu ambil masa untuk jadi realiti.

Kalau korang sedar, banyak lagi kemudahan fasiliti di sekolah yang masih perlu diperbaiki.
Contoh, tandas sekolah tersumbat atau tangki air rosak.
Korang ingat cikgu boleh terus call kementerian minta kontraktor datang dan baiki?
No la.
Kena mohon melalui surat rasmi bagai.
Bukan hantar surat hari ni, esok dia datang.
Tapi dengan sumbangan PIBG itu lah, pihak sekolah boleh hubungi tukang baiki luar.
Bila sekolah ada bajet sendiri, maka mudah dan cepat kerja pembaikan tu.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya jadi ajk PIBG sekolah anak.
Kalau tak jadi ajk, mungkin saya pun tak tahu untuk apa kutipan sumbangan PIBG tu.
Tapi percayalah, mana-mana sekolah pun saya pasti kutipan sumbangan PIBG tu bukan dibuat untuk cikgu atau makcik kantin.
Tapi sumbangan PIBG tu akan pergi balik pada anak-anak kita.
PIBG dan guru-guru lah yang memainkan peranan bagaimana nak mengelolakan duit sumbangan tersebut.

Sebab itu, saya suka nak menggalakkan ibubapa pergilah ke mesyuarat agong PIBG sekolah anak korang.
Dalam mesyuarat tu lah, segala penyata belanjawan dibentangkan untuk makluman.
Di situlah saluran yang korang patut guna untuk suarakan sebarang ketidakpuasan hati.
Bukan melalak di belakang padahal tak datang mesyuarat pun.
Paling bagus kalau korang sendiri sukarela jadi ajk PIBG.
Baru korang faham keadaan sebenar.

Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Bagi saya wajib atau sumbangan, kalau dah untuk kemudahan anak-anak, usahakan jugala untuk bayar. Kalau kita ikhlas, anak pun senang dan selesa belajar di sekolah.


AJK PIBG,

Hanim

1 comment:

  1. aida baru je pass kat nurin duit pibg skola dia RM240.
    gigil tgn nak serah.
    tapi, byr jer la. terlebih, sedekah. tak la berkira sgt.
    malas nak pertikaikan, Nim. moga dgn duit kita tu, anak kita pun dpt keberkatan skola kat situ, kan. rahsia Allah.
    skola Syuhada. skola Izzat. aida byr je spt yg skola kehendaki.
    cuba bisik pada diri sendiri "jgn berkira!!!".

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.