Powered by Blogger.

Friday, April 26, 2019

Angkara percaya, tergadai bahagia


Assalamualaikum! Syukurrrr ayah haji tak meninggal. Dah la anak kena tahan polis, bapak pulak terlantar di hospital. Hanya kerana angkara sorang manusia bernama Hamadi, haru biru keluarga Ustaz Haji Mukhsin!

Dia punya gila kuasa sampai sanggup pergunakan anak-anak yatim madrasah untuk kaut keuntungan dari orang ramai. Boleh pulak bawa balik ke rumah kondo dia tu! Ecah pun dah jadi macam robot, terpaksa akur dengan S.U.A.M.I walhal terang-terang apa suami dia buat tu salah. Memang inilah true colors Hamadi yang sebenar!

Baru Ecah tahu yang Madi tu memang dah lama gilerkan si Nur. Terang lagi bersuluh masa dia cakap dengan Juita, siap buat loud speaker! Haaaa terkejut badak tak kau Ecah, osah lah laki kau yang ganggu Nur selama ni. Lelaki jenis apa? Kau rase? 

Mak lampir dipanggilnya kau Ecah! 

Demi nak membuktikan Adam tidak bersalah, Nur sanggup jumpa Juita. Tak sangka Juita berpakat dengan pihak hospital untuk palsukan laporan DNA. Dia tahu Nur tu lemah dan tak mampu melawan, tapi demi suami dia akhirnya merayu juga di kaki Juita untuk lepaskan Adam. Bila terkeluar ayat,"aku sanggup buat apa je...", haaaaaaa pucuk dicita ulam mendatang la si Juita tu!



Itu lah yang dia tunggu-tunggu keluar dari mulut Nur kan! Dia nak ambil balik apa yang dia rasa pernah jadi hakmilik dia satu masa dulu. Semuanya disebabkan kes Marzuki tu la! Ohhh berdendam rupanya dia ni! Bila Nur dah cakap macam tu, keluarlah syarat dia suruh Nur bercerai dengan Adam dan dia dapat kawen dengan Adam. Kau ingat Adam tu anak patung?? Takda perasaan? Kau ingat lepas kawen Adam nak tidur sebilik dengan kau. Bengong. Eh emosi pulak aku ni hahaha!

Dalam pada tu, si Madi terjumpa pulak dengan Suraya. Adoiiii kecut perut aku tengok cara Madi pandang Suraya. Ade jugak yang kena ratah ni kang! Suraya pun lurus bendul jugak, percaya bulat-bulat! Dari perkataan yang keluar dari mulut si Madi dulu pun dah boleh tahu dia tu senget! Apasal la perempuan yang baik dalam cerita semua lurus bendul ha? Ikut suka hati pengarah la kan hahaha!

Dia memang nampak je jalan nak jerat Suraya. Dengar 'percuma' terus onzzzz! Pandai Madi cucuk jarum. Nenek dah kabo dia macam tak yakin je dengan mamat Madi tu, tapi kau ....? Last-last kau terkunci dalam kereta dengan Madi. Baru kau tahu niat Madi yang sebenar! Tapi macam bengong pulak Madi bawa balik ke rumah kondo. Memang niat nak Ecah tahu ke ape hehe. 

Percintaan memerlukan pengorbanan, dan itulah yang Nur buat. Apatah lagi dia didesak dengan syarat Juita. Maka Adam pun bebaslah. Tu laaaaa angkara percaya, tergadai bahagia. Mempercayai itu dituntut tapi biarlah bertempat. Sekarang apa sudah jadi??

Satu perkara yang aku tak jangka ialah rupanya jiran wongshu wongshu tu diupah Juita untuk berkomplot kenakan Adam. Mulut dah la laju bercakap, puaka pulak tu hahaha tapi rupanya dia baik hati, akhirnya mengaku yang Juita perangkap Adam. Memang dalam kopi tu Juita letak pil khayal dan pil perangsang sehhhh!

Bagus, inilah yang dikatakan jiran dari syurga haha walaupun mulut puaka :p Yang bestnya, dia pun sama jeles dengan Nur! Nur cantik, suami hensem katanya hahaha. Geli hati pulak mendengarnya, tak jadi nak kecam dia :P

Yang kelakarnya, Adam ngan Nur pergi balai polis nak buat report dirogol. Bila pegawai tu tanya siapa yang kena rogol. Adam jawab,"saya.." berubah terus muka dia hahahaha.

Kesian Ecah terpaksa menghadapi ujian suami jenis perangai macam Madi. Madi dah makin berani bawa perempuan lain balik rumah. Dia memang dah tahu apa akan jadi pada Suraya. Tapi dia masih tak berani melawan. Lomahnyoooo kau Ecah!

"Bila kau nak bertaubat Madi, masa kau makin suntuk"

Bisikan malaikat maut ke tu? Boleh pulak dia menjawab balik hahah haihhh. Juita dah kelam kabut plan dia dan Madi terbongkar. Haaa ingat Madi nak tolong lagi? Lantak kau lahhh labuuuuu.

Suraya dah stenbai dalam bilik, Madi dah ready. Kecohlah Madi ni, tolong la jangan apa-apakan Suraya. Mujur Ecah sempat halang tapi tak sangka la pulak pisau 'makan' Madi. Akhirnya Madi kaku di atas katil. Betullah ...masa kau dah habis Madi. Rupanya bukan penjara tempat yang selayak untuk orang macam kau. 

Happy ending yang dinantikan oleh semua, akhirnya Madi mati, Juita ditangkap dan dermawan yang sanggup tolong ayah haji itu sebenarnya Haji Tajuddin, bapa Khadijah (menantu tak jadi). Oh Ecah tenang dalam penjara dan redha dengan takdir yang menimpanya.

Satu benda je Nur tak bagitau Adam lagi, yang kes Nur masuk hospital aritu. Lagi 7 bulan Nur dan Adam dapat baby! Elehh yang tu kitaorang dah agak! haha. 

Dan tamatlah episod Nur 2!

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.