ruangiklan
ruangiklan

Tuesday, April 16, 2019

Gigi siapa berterabur ni?

  No comments    
categories: 

Assalamualaikum! Gigi adalah satu bahagian penting yang sangat sensitif. Mak-mak macam kita ni mesti nak anak-anak kita ada gigi yang sihat dan cantik. Kalau sebatang gigi tu luruh atau rosak, mesti kita bising kan. Haa tu la! makan lagi gula-gula, coklat blablablabla! Walhal kita masa kecil-kecil dulu pun dua kali lima sama! Pastu kena marah ngan mak kan haha. 

Seingat aku, dua beradik tu tak pernah ada masalah besar dengan gigi masing-masing. Yang kakak kalau gigi dia rosak, gigi tu akan tanggal sendiri bila sampai masanya. Yang adik punya, pesen gigi tu mereput sendiri. Tak luruh tapi dia makin lama makin 'haus' dan reput. Sebabnya masa tu dia kuat minum susu dan jarang gosok gigi. 

So pendek cerita, kakak dan adik memang tak pernah cabut gigi di klinik gigi. Hanya pernah buat scalling dan tampal gigi je. Gigi diaorang cukup senang tanggal! Time aku pula, dulu kalau gigi rosak kena pergi jumpa doktor gigi atau cabut kat klinik gigi di sekolah. Jarang sangat la nak tunggu gigi tu tanggal sendiri. So diaorang lebih beruntung la hahaha.





So siapa punya gigi-gigi ni? Senang benor tanggalnya! Inilah gigi-gigi susu kakak. Cukup senang la gigi dia ni tanggal. Tapi tanggal bukan sebab rosak atau berlubang teruk. Sebab gigi baru kat bawah gusi nak tumbuh. Gigi atas tu goyang sikit, tolak ngan lidah dah luruh!

Kakak tiap kali dia rasa gigi dia nak goyang dia akan bagitau ibu. Bila tanya sakit ke tak, dia jawab tak cuma gigi tu dah longgar tunggu nak tertanggal je. Pas makan, dia ke dapur kemudian datang kat kita tunjuk sebatang gigi di tapak tangan. Dah luruh dah! Copeknyo!

Tapi tahun lepas memang gigi kakak banyak tanggal. Semua kes sebab gigi baru nak tumbuh. Fuh! beruntung kakak tak payah ngadap playar cabut gigi hehehe. 

Love,
Ibu

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.