ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, April 17, 2019

Guru caturku masuk kejohanan kali pertama

  No comments    

Assalamulaikum! Dari kecil, memang aku teringin nak belajar main catur. Tapi dalam family takda siapa yang pandai main permainan tu. Kami tau main dam aji je hehe. Tak sangka rupa-rupanya anak sendiri yang jadi guru caturku!

Macam yang aku cakap tadi, dalam family kami takda siapa yang main atau berminat nak main catur. Kesudahannya, aku 'buta' catur sehingga umur 34 tahun. Namun perancangan Allah tu Maha Hebat. Dia lahirkan seorang pemain catur dalam keluarga kami. 

Inilah cikgu caturku .... Nurul Hazwani.



Nurul Hazwani belajar main catur dengan siapa? Dia belajar catur dengan cikgunya di sekolah. Rupanya dia masuk kelab catur dan belajar main dari situ. Balik rumah dia pulak mengajar aku dan adiknya. Dari aku 'buta' sampai aku tau lah macam mana nak gerak buah catur tu hehe.

Tapi reti main je la, tak reti susun strategi pun. Tu pasal la main ngan Hazwani aku asyik kalah je. Ade la sekali dua menang hahaha!. Tapi sebagai ibu, aku bangga dan suka Hazwani main catur. So aku layankan aje bila dia ajak main. 

Tahun ni, Hazwani terpilih mewakili sekolah ke kejohanan catur peringkat MSSD. Alhamdulillah pengalaman pertama buat dia dan dah tentu kami support sepenuhnya. Lagipun ini boleh jadi pendedahan yang bagus untuk kakak teruskan bakat dia dalam catur apabila di sekolah menengah kelak.




Kejohanan catur tu berlangsung selama 3 hari. Hari pertama Hazwani kalah 3 round. Hari kedua dia menang 3 round dan hari terakhir dia seri 1 round dan menang 1 round. Keputusan individu, Hazwani di tempat 41 dari 109 peserta. Wow! Top 50 ... ok sangat dah tu!

Moga dengan adanya pengalaman dan pendedahan ini, kakak dapat meneruskan minat kakak dalam catur ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Syabas guruku!

Love,
Ibu

0 pengomen comel:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.