Powered by Blogger.

Tuesday, April 23, 2019

MyKad untuk kakak


Assalamualaikum! Akhirnya kakak dah ada kad pengenalan sendiri! Bermakna kakak sudah hilang hak keistimewaan sebagai kanak-kanak la kan haha. No more tambang bas separuh pasni! Tapi dimata ibu, awak tetap my little baby for-eva! ciaaa ciaaa ciaaaaaa :p

Dalam pada kita beringat nak buat kad pengenalan kakak, terlajak juga tarikhnya! Birthday bulan Mac, buat IC bulan April hehe. Bukan tak ingat, tapi dok mencari surat beranak dia mana 'terbang'. Last-last daku give up tak boleh mikir dah, terus buat surat beranak baru sekali ngan IC la.



Sebelum nak pergi buat IC tu, kita survey dulu kat website JPN. Katanya kena bawa surat beranak (ok, hilang!). Kat sana nanti isi borang permohonan dan tunggu nombor dipanggil. Pastu kakak kena gi tangkap gambar di dalam satu bilik kamera dan tunggu 1 jam untuk MyKad siap!

Tapi disebabkan surat beranak kakak hilang, maka kita setelkan yang tu dulu. Isi borang permohonan untuk dapatkan surat beranak yang baru. Kalau boleh, bawa salinan surat beranak lama supaya kita boleh semak maklumat tu sama dan betul.





Dah dapat surat beranak baru, bolehlah kita proceed dengan MyKad kakak. Tiada bayaran dikenakan untuk tukar MyKad walaupun dah terlepas tarikh birthday, sebab masih dalam tempoh 30 hari. Lebih dari 30 hari baru kena bayar. Pas amik gambar, tunggu la 1 jam disitu. Boleh lah kita turun gi minum-minum kejap. Waktu terbaik untuk pergi JPN adalah waktu pagi. JPN yang kitaorang pergi ni cawangan PJ, so dekatlah kan.

Buat surat beranak tu pun tak kena bayaran. Apapun kita stenbai je la duit kan, mana tahu kena denda ke apa. Setel surat beranak dan IC kakak ....legaaaaa! Now my precious pearl dah ada MyKad, tapi ibu akan still simpan untuk kakak ye. Untuk urusan rasmi baru boleh guna. 



Satu lagi perkara yang ibu nak kena setelkan untuk kakak ...macam mana nak putihkan kulit kakak yang tak berapa cerah tu. Tu la sapa suruh aktif sangat main bola jaring bagai? :p Tapi kalau tak dibagi kang, kita pulak rasa tak syok, menyekat dia dari buat benda yang dia suka.

Ibu dulu pun gelap jugak sebab berpanas di sekolah. Tapi pastu ibu lumur krim Fair & Lovely sebulan terus jadi putih balik. Putih sikit la....hahaha! Kakak ibu buat senang je ...kurung kakak satu bulan tak boleh keluar rumah, nanti putih la balik tu hehehehehe!

Love,
Ibu

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.