Powered by Blogger.

Friday, June 28, 2019

Cikgu meluah perasaan tentang Hazwani


Assalamualaikum! Minggu ni kebanyakan sekolah buat open day (atau report card day) so ramai la ibubapa update kat fb kat media sosial pasal benda ni, terutama anak-anak baru darjah 1. Aku pun update juga haha buat kenang-kenangan. Besok anak-anak dah sekolah menengah kita up lagi kan hehe.

So kami datang berdua, tapi 'berpecah'. Ayahnya mengadap cikgu kelas Mira, dan aku masuk mengadap cikgu kelas Hazwani. Nak tahu sangat apa perkembangan dia dalam kelas. Maklumlah, UPSR lebih kurang 2 bulan je lagi kan, tipula kalau aku cakap aku tak nervous. Tipula kalau aku cakap aku tak letak harapan tinggi kat dia. Of course aku berharap, sebab aku tahu dia boleh buat. 



Tapi kannnnn .... budak-budak sekarang ni memang lain sungguh dah ye. Zaman kita dulu, hari mak pak datang sekolah amik report card adalah hari yang paling menyeramkan! Cuak, kecut perut, tak berani bersuara kalau mak kita masuk kelas jumpa cikgu hehe. Zaman la ni, amboii senyum buat "peace" lagi kat kita bila tangkap gambar hehehe :p. 

Anyway, keseluruhannya kakak ada peningkatan kecuali Matematik dan Sains tu kena brush up lagi lah. Latihan kena buat banyak lagi terutama bahagian penyelesaian masalah walaupun ada tuisyen dan kelas tambahan. Yang lain-lain boleh cemerlang kata cikgunya. Tulisannya pun cikgu puji kemas dan cantik.

Cumaaaaaaaaa cikgu ada la meluah perasaan sikit pasal Hazwani. 

"Hazwani ni sensitif sikit, dia tak boleh bising sangat. Kalau bising, dia marah kawan dia suh senyap", kata cikgunya.

Oohhh itu bukan sensitif cikgu, itu garang tak boleh bincang dah tu hehehe.





Hazmira? Ok la ... dapat no.9 dalam kelas. Kakaknya no. 10 huhu. Mira berminat nak tahu nombor berapa je dia dapat. Tulisan kena perbaiki lagi sebab masih macam 'cacing kerawit' lagi kekdahnya :p

Setel Open Day, petangnya my precious pearls bersedia untuk jamuan raya sekolah agama pula. Have fun girlssssss!

Love,
Ibu

1 comment:

  1. esok aida bakal amik result nurin & syuhada.
    as for nurin, aida x risau sgt.
    dia dari dulu kala, prestasi maintain bagus.
    syuhada ni hah, upsr less than 2 bulan, tapi....
    risau, Nim hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.