Powered by Blogger.

Wednesday, June 12, 2019

Indahnya Aidilfitri 2019


Hariii raaaya...hari yang mulia. Penuh bererti kepada kita. Tua muda miskin dan kaya, menyambutnya dengan gembiraaaaaaa! Berhati-hati di jalan raya...semoga anda selamat tiba. Ucapan selamat hari raya dari EON untuk semuaaaaa...!

Assalamualaikum! Haaa time nak mengarang ni la keluar lagu ni dalam kepala hehehe. Inilah lagu yang diaorang dok main dalam televisyen masa kita kecil-kecil dulu...ingat tak? Ah budak sekarang mana tauuuu, ni lagu raya retro untuk budak zaman 90-an je. Dah lebih 30 tahun pun boleh ingat lagi bait-bait lagu ni. Tapi tu la... lirik lagu cepat ingatnya sampai berpuluh tahun, surah al-Baqarah dari kecil mengaji tak lekat-lekat lagi dalam kepala aku ni. Haihh..



Anyway, masih tak terlambat kiranya untuk kita ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua. Moga korang ceria-ceria, seronok dapat makan juadah raya dan duit raya hehe. 

Hari ni raya ke-8 baru ada mood nak berblogging. Baru ada feeling nak bercerita. Selagi keje atas meja tu tak disiapkan, takkan kuhadap blog ni. Keje dah siap, baru kita boleh menaip sambil senyum :).


#ootdraya


Syukur alhamdulillah, lebaran kami disambut dengan penuh sederhana. Tahun ni tercapai hajat nak tempah baju raya sendiri. Ingatkan tak sempat siap, tapi syukur dapat juga pakai di pagi raya. 

Walaupun hari raya, kerja rumah jangan dilupa haha. Kerjanya macam biasa ye. Pagi-pagi siram pokok bunga, maka marilah kita ber#ootdraya sambil menyiram bunga hehehehe.


#ootd bersama biskut raya hahaha!


Seperti tahun-tahun lepas juga, tahun ni kita sempat buat 4 jenis biskut raya. Dan ini kali pertama kita ber#ootd dengan biskut raya haha. Walaupun biskut tekap-tekap je tapi ok la kan dari takda. Dapat juga menampung bekalan biskut raya mak dan anak-anak. Kang diaorang ada jamuan raya kat sekolah, at least ada biskut raya ibu buat! haha.

Tapiiii biskut raya wajib, iaitu mama carrey takda tahun ni! Nak tahu biskut apa kita buat? Gi terjah SANA!


My precious pearls yang semakin hari semakin memanjang


Selain baju raya kita, anak pun kita tempahkan juga. Tapi sempat buat untuk kakak punya je, sebab kebetulan beli kain ni dekat kawan opis. Sabar ye adik, nanti giliran adik pula ibu tempahkan. Kakak tu dah besar panjang, dah anak dara. Sebagai ibu, hati ni nak hadiahkan kat anak dia sesuatu. Maka, ibu belikan kain dan tempah buat baju raya sekali. Adik punya kita masuk kedai je la dulu ye hehe.

Apapun tema kita tahun ni #teampurplepink! Tahun ni juga ayahnya segak pakai baju Melayu di pagi raya. Rambut pun rambut raya hehe.





Oopsss! hampir tersama pula dengan tema warna kusyen Wan haha! Tenggelam timbul tenggelam timbul dibuatnya ye. Maafkan bunda, bunda ingat tema Wan kaler gold atau merah tahun ni hehehehe :p.



Cubaan abah kita untuk senyum muehehehe~


Sekali lagi, selamat hari raya maaf zahir dan batin dari keluarga kecil kami untuk semua. Terima kasih yang datang beraya di rumah. Maafkan jika ada terkurang layanan kami sekeluarga. 


#teamrayamelaka,
Hanim

4 comments:

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.